Everything happens for a reason =)


eira rose

Saturday 13 November 2010

THINK like a MAN, hunnie :)

'She' ask me, Kau ni mcm takde masalah je kan? Hepi je..marah pon gelak..tension pon ketawa..huahuahua. Eventhough mase putus cinta dolu2 pon kau rilekss je. Hihihi..nak tau kenapa? I belajar dari lelaki..yes LELAKI.
Tapi jangan lah dikau menyangka air yang tenang ini tiada buayanya ye. Ataupun jalan yang takde traffic lite itu tidak lah jem. Hahaha kene tak perumpamaan itu? Sooo..Bacalah tips kat bawah ni.

Lepas ni korang boleh cool dan selamba jugak hoccayyyyy?

1. Biasenye lelaki tak berasa simpati pada diri sendiri. Maksudnye kalau dorang putus cinta, dorang tidak pernah terbawa-bawa seperti orang perempuan. Setuju tak? Aku bagi contoh. Bila dorang jumpa kawan2 bertanyakan mengenai girlfriend dorang, dengan selamba mereka jawab "Ohh, aku dengan dia dah putus dahhhhh". Kemudian dorang pergi minum teh tarik. Rileks kan? Hihi. Sila tiru mereka!

Kalau pempuan pula,lain kisahnya. Mereka selalu menjawab "Tolong jangan tanya pasal mamat tu lagi!" Kalau bercerita pon siap ada sebab2 dan kutuk2. Kahkahkah. Hell***

2. Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka.Bagaimana nak teruskan hidup,nak cari kerja lebih baik dan sebagainya walaupon baru sahaja putus. I like okay :)

Si gadis pula lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu? kenapa mesti putus? kenapa itu dan ini. Kan? Buang masa kann?

3. Pada lelaki yang ada girlfriend ialah satu bonus. Tak ada pon tak ape.

Si gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki..kalau tak, rasa mcm hidup tak lengkap dan tak laku (betol ke?) Hehehe.

4. Sekiranya lelaki itu tiada girlfriend dia akan memikirkan tentang kerjaya , hobi , sukan , riadah , gym, keluar dengan kawan2 atau mendengar muzik atau menonton TV, muvie bla bla..

5. Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan girlfriend walaupon sebenarnya mereka sedih dan terluka. Cuma mereka tak mahu menampakkan kelemahan.

Kalo pempuan, sedih menangis berhari2 dok dalam bilik..kalo boleh nak 1 Malaysia tahu dia dikhianati kannn..eisshh jangan syg!

6. Bila putus cinta , lelaki anggap wanita itu tidak sesuai untuknya dan mereka anggap bukan jodoh mereka. Boleh tak pikir cmtu?

Kebanyakan wanita pula meratap hiba dan terlalu beremosi nanges smpai bengkak2 mata.
Hell kan?

7. Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak mahu merosakkan emosi. Sebab itu ada ungkapan 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta'. Betul? Jgn runsing kalo BF anda tidak suka mendengar pulaksss..

8. Lelaki jarang sekali menangis macam budak kecil. Kalau ada pon special case. Pempuan? Meraung2..eish..toksah toksah!

9. Lelaki tidak beranggapan putus cinta adalah satu trauma yang membuatkan mereka takut untuk bercinta lagi.

Gadis pula kerap merasa serik selepas putus cinta sehingga ada yang membenci lelaki. Jangan begituuu okay?

Sooo..harap semuanya akan lebih baik. Dah besa, dah boleh pikir sendiri ye tak?

saya sayang kawan kawan saya. Saya sayang kamu, kamu dan kamu!

eira

No comments:

Post a Comment