Everything happens for a reason =)


eira rose

Tuesday 16 November 2010

Terima kasih, KAWAN :))

Saya tak suka nak gaduh.
Tambah tambah dengan PEREMPUAN.
Dulu yaaa..saya banyak diam n besabar.
Tapi saya bukan malaikat.
Saya tidak sempurna kawan.
Kesabaran saya ada batasnya yaa.
Disebabkan saya kurang marah, jadi apabila amarah itu berkumpul, maka kata kata saya pasti bisa menyakitkan hati anda.
Jadinye anda bisa menangis.
Maaf kawan..tapi luka di hati saya lebih dasyat dibandingkan dgn air matamu kawan.

Adekah saya heran jika anda mengatakan sesuatu yang tidak enak tentang saya
di belakang saya?
Yaa..sebagai manusia biasa dan NORMAL, sememangnya saya heran.
Heran sebab anda takde keje lain ke?
Ouh terima kasih kerana anda alert betul dengan saya.
Kadang kadang rasa mcm artis.
Gosip sana sini. Hell**

Anda bercakap seolah olah anda pernah bersusah payah dengan saya.
Seolah olah anda pernah tinggal sebumbung dengan saya.
Seolah olah anda pernah menangis di bahu saya.
Kawan, saya tak minta anda susah bersama saya.
Cuma cukuplah sebagai penghargaan dr anda bahawa saya ini KAWAN anda.

Hari ni saya anggap anda KAWAN, tetapi mengapa anda kata saya LAWAN?
Anda akan jadi kawan saya sampai bila bila.
Yaa, sampai bila bila.

Tapi MAAF kawan, kepercayaan saya bukan pada anda kawan.
Tiada anda pun, tidaklah memberi impak besar kepada saya.
Terima kasih kawan kerana PENGKHIANATAN.
Terima kasih.

Takde kawan mcm anda pon saya tak kesah. :))

Kawan, kita tak tahu nasib untung rugi kita pada masa depan.
Jangan mengata orang, kelak kau akan kebinasaan kawan.
Skarang Tuhan bayar CASH..! Faham?

Mari renungkan..

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh ORANG YANG DIUMPATKAN. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
(maksudnye, dosa ngan Allah, Allah ampunkan..tapi dosa ngan manusia, kalo orang tu tak ampunkan cane? Haaaa)
Sabda Rasulullah S.A.W.

Bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada ZINA. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat TIDAK AKAN diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Jangan bimbang kawan, saya tak mahu simpan dendam pun :))
Malah saya berTERIMA KASIH kepada anda.
Sebab saya terbaca satu cerita..

Di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab:
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Terima kasih kawan.

Nasihat kepada semua dan diri sendiri jugak,

Biar muka HODOH, janji di hati TIADA KHIANAT :)
eira

1 comment: