Saya kompius arr..
Nak pilih kamal adli ke farid kamil?
Ke awal ashari?
Hahahaha. Keji okay.
Seseorang yang rapat bertanya sama ada yang mana dia patut pilih untuk dijadikan teman hidup.
Sori sayang..saya hanya boleh memberi pendapat.
Kamu sendiri layak untuk membuat pilihan.
Ni antara soalan soalan saya kepada beliau :
1. Kamu PERCAYA dengan dia? pecaya..dia tak penah buat perangai..
2. Kamu rasa gembira tak dgn dia? tawar hati..mungkin sbb terlalu lama. bosan.
3. Kamu PERLU kan dia? hanya rasa kesian dengan dia sbb dah byk pengorbanan dia.
4. Kamu rasa orang lain boleh korban mcm dia tak? tah..tapi yang baru ni buat saya gembira.
5. Kamu rasa dia boleh jadi pembimbing kamu? boleh dia betulkan kesilapan kamu? dia tegas
6. Kamu rasa kamu dah jumpa apa yang kamu cari? tahla..dilema
Kadang kadang, kita takkan tahu yang kita sangat sayangkan dan perlukan seseorang tu sehinggalah kita benar benar kehilangan dia.
Benda baru semuanya indah. Semuanya nampak sempurna.
Betul tak?
Tuhan tidak akan memberikan pasangan yang baik untuk kamu, jika kamu masih kasar..
Tuhan tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, disaat kamu selalu mencari yang TERBAIK..
Tuhan tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego..
Tuhan akan memberikan pasangan untukmu yang SESUAI untukmu,
maka perbaikilah dirimu sesuai dengan APA YANG KAMU INGINKAN dari pasangan hidupmu..
Bersyukur dengan apa yang kamu ada sekarang..
"Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga).
(QS. An-Nur [24]:26)
Sayang, saya hanya mahu kamu mendapat yang terbaik dalam hidup kamu.
ISTIKHARAH.
Kamu mesti temui jawapan yang tepat.
Semoga Tuhan melindungi kamu wahai sahabatku.
lotsoffaiths,
eira
Akibat Buah Dada Dan Punggung Yang Besar
10 years ago
entry yg best ^__^
ReplyDelete