Everything happens for a reason =)


eira rose

Monday 24 June 2013

Tips senang bersalin oleh Mummy Rania.

Seperti yang dijanjikan, kali ni ai nak sharing tips kasik senang bersalin. Mudah - mudahan ye..
Sebenarnya banyak tips jugak..tapi yang ini adalah yang aku buat & alhamdulillah sangat menjadi.

Okay okat..straitttt to da point!

1. Minum air kelapa
Haaa..masa peknen tu aku kan mabuk. So memang tak la nak minum susu ke ape ke..tapi air kelapa ni memang favvy la..balik keje, konpem ajak laki singgah beli air kelapa. Laki pun jenis suka melayan. SO, nak taknak, pusing jugak la mencari air kelapa. Org tetua kata la, nanti nak bersalin senang, air kelapa ni mcm pelincir la...so..takde la kembar darah..hehehe

2. Minum air selusuh
Erm..yang ni pun sempat gak minum, tapi bebetul masa dah bukak 4cm. Masa kat emergency O&G PPUKM tu, laki ai bagi air selusuh yang abah buatkan. Air selusuh = Air putih yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran untuk senang bersalin. Hehe..in sha Allah..cuba la mintak. Rasanya kat kampung kampung lagi senang nak cari orang yang pandai buatkan air selusuh..

3. Banyakkan berjalan & naik tangga
Okay yang ini memang tak payah cakapla..hari hari aku berjalan jauh kot. Daripada parking nak ke opis, pastu dalam opis pulak, duduk bangun, duduk bangun..(nampak tak aku nak cakap aku pekerja yg rajin?)
Pastu kalau jumpa tangga, haaaa..naik je tangga tu..tambah kalau pergi umah mak mertua, kena pulak lif rosak..pehhh..tingkat 14 tu lah ku daki dengan gigih sekali. Fuhhh! *lap peluh

4.Menyanyi not tinggi.
Hahaha. Ok kalau rasa suara mcm tak sedap, boleh nyanyi dalam kereta, pasang lagu kuat-kuat. Ini adalah elok untuk teknik pernafasan semasa bersalin nanti. Hihihi betul okay! Ce cuba..ce cuba..

5.Bersama dengan suami sekerap yang boleh
Ehem..okay budak budak tak kawen jangan baca! 18SX ni. Hihihi
Kalau boleh, bersama la dengan suamimu selalu. Jangan jadikan perut besar sebagai alasan taknak ehemm. Selain dapat pahala melayan suami, dapat gak bersenam supaya senang bersalin nanti kennn. EH..perut besar tu seksi tauuu..hihi masa mengandung jela seksi, kalau perut besar tapi takdak isi dalam, tu bukan seksi..itu seksaaaa makk tengok dikk..*jeling dalam-dalam kepada diri sendiri!

6.Mintak maap dengan laki
Serius! Tiap tiap malam mintak maap dengan suami sebelum tidur. Mana la tau kennn..ada tergenyit mata ngan laki lain ke, ada terbalas mesej laki lain ker..ada teringat kat ex boipren ke..kan kan? Dosa tu dosa..Part mintak maaf ni aku tak pernah miss. Tambah nak dekat bersalin. Rasa macam kewajipan. Kalau terlupa, sanggup kejut laki, pastu mintak maaf walaupun rasanya macam takda dosa je pada dia haritu.
Kadang-kadang sampai nangis..*feeling sesuatu sangattt tauu..
Laki ai pun sampai dah hafal..tak mintak maaf pun dia akan cakap,
"Ok malam ni kamu tak payah mintak maaf dengan kita, sebab kita dah maafkan kamu. Jom tidur manjesss uchuk ommei!"
**jangan muntah k. Haipp! 
Rasionalnya mintak maap ini ialah supaya suami kita redha dengan kita, bila takda dosa ngan suami, tuhan pun mudahkan la perjalanan tu. Manusia kennn..kita tak lari dari membuat kesilapan.Tak salah turunkan egoistik kita tu & minta maaf..

Selain tu, mohonlah pada Allah..supaya dipermudahkan perjalanan semasa proses bersalin tu nanti. Masing masing ada bahagian memasing kennn..Usaha tangga kejayaan! In sha Allah..Chaiyokkk!!

So..tu jela tips.

Take care! Baibaibai

Friday 21 June 2013

Anak oh anak.

Dulu..

Bangun pagi, kejut lelakiku pegi kerja, mesti dia akan manja manja dulu cakap kejap lagi la sayangggggggggggg...(dalam nada yg mengada sangattt tau). Dan aku pun apa lagi sambung ler tido sampaikan kadang-kadang terlajak terus bagi mesej kat boss cakap saya EL harini. Drama sangat kenn..Hahaha!

Sekarang..

Bangun awal pagi 4.30am-5 am dah kena bangun. Terus mandi..check barang anak dalam school bag dia, bekalan pampers cukup ke tak..Semua tu kena buat pelan-pelan sebab takut anak terjaga kennnn..Dah setel solat subuh, baru kejutkan lelakiku..barula gi kerja..
Yela, nak elakkan jem..pastu nanti kan aku yg kena hantar rania ke school..oh ye..kang pelik plak korang..kecik kecik aku dah hantar baby pergi school kan. School is Nursery yer..pls take note. Hehehe!

Nampak takkk? Beza kan..

Tapi, penat macam mana pun, mengantuk macam mana pun, bila pandang muka anak, hilang semua keletihan yang ada kat aku nie. Serius! Magikkk kan? Bukan magikk..itulah kasih sayang yang Allah beri pada naluri seorang ibu..Alhamdulillah..




Nia bam bam omei omei ammi..*mak hover sgtt!
Lelakiku heroku sayang..hehe

Model di hati kamii.. ;)

Dahi berkerut sama je anak beranak!

Mummy loves Nur Iman Rania & Abah so much! Bye


Thursday 20 June 2013

Bersalin Secara NORMAL?

Salam.

Cewahh..aktif berblogging kan ai skarang? Hehe!
Ok ok..back to our topic.
Bersalin secara NORMAL.
Semua perempuan yang bakal melahirkan anak, bagi aku akan merasa kesakitan yg sama ni.
Cuma, yang membezakan ialah, BERAPA lama kita rasa sakit @ contraction tersebut, bagaimana kita nak hadapi kesakitan yang amat sakit itu..otherwise, kita pilih atau terpaksa pilih CZER tu dah lain la kan.
Kena bius, pejam mata tau tau dah keluar je baby..lagi senang!

Kalau nak cerita pengalaman, memang sangat menakjubkan la. Alhamdulillah. Tuhan permudahkan perjalanan melahirkan Nur Iman Rania.

Kronologi kelahiran :  **cewahhh

1 Disember 2012, Kg Sg Jai Beranang (rumah nenek belah lelakiku) : 

4.30 pm
Tangan n kaki aku bengkak. Mcm gemok gila. Especially kat jari tangan. Nenek kata ni tanda tanda nak dekat bersalin la ni. Untuk pengetahuan korang, kaki aku tak bengkak tau even dah 9 bulan pun..tapi hari ni..bengkak dia lain macam pulak secara TIBA TIBA.

10.00 pm
Ayahdin (bapa saudara belah lelakiku yg comel*muntah) belikan roti canai. Memula aku eksyen taknak makan. Nenek & ibu suruh makan, mana tau kot kot terberanak malam ni, ada gak tenaga nak push. Mereka bergurauuuu tuu..hihi aku pun makan la. 2 keping hokei..sangat lahap..hehe

2 Disember 2012

2.00 pagi
Memang kebiasaan kalau dah time nak dekat2 due..7 bulan ke atas memang susah la nak tidur. Sapa yg pernah peknen mesti tau..so, aku pun main henpon..main game..tapi still, mata ku tidak dapat lelap. Lelakiku di sebelah sudah selamat hanyuuuuuuuutttt.

4.30 pagi
Baru je aku nak lelap..tetiba bunyi PLUP!! Prrrrrrr..basah tilam dengan air ketuban. Time tu kompius lagi..eh betul ke air ketuban? Eh betul ke aku nak bersalin dah ni? Betul ke? Betul ke? Kenapa tak rasa sakit langsung..??
Terus kejut lelakiku..dan apa lagi..melompat la dia..cemasss!

5.00pagi
Terus lelakiku bawa ke hospital. Time tu memang tak sakit. Cuma air ketuban je yg membasahi diri dan juga VAN acu Man ku. Siap dalam Van boleh gelak2 lagi..

5.45 pagi
Sampai kat Emergency O&G PPUKM. Uishhh dah start sakit..doktor cek..tengok2 dah 4cm. Fuhhh..terus tolak ke labour room.

6.30 pagi.
Contraction dah kerap..tapi doktor tak cek pun bukaan. Dia jangka tengahari baru ai bersalin memandangkan anak sulung kan. Sakitnye ya amat..nasib la lelakiku ada di sisi menemani. Siap boleh buat lawak plak org tengah sakit sakit.

7.30 pagi
Aku dah tak tahan sakitt..rasa nak terberak sangat. (Rasa sakit tu mcm nak terberak taik keras n besar, tapi tak boleh nak keluarkan lagi sebab belum time) Tapi doktor kata NANTI dulu. Takut koyak besar, n kalau tak tahan, dia nak bagi epidural. Aku setuju..sebab memang tak tahan gila oi...

7.45 pagi
Epidural diberikan kepada diriku yang sedang menahan sakit nie..lega la sikit. Pastu doktor cek bukaan. (Baru nak cek? Ceh) Doktor tu kata...Waaaaaaaa..terkejutnya ai..dah full. Dah 10cm..dah boleh teran. 
Oi..patutla aku sakit sangat..tula, tadi ko taknak cek..seeee..susa2 je aku amik epidural.

8.10 pagi
Dengan 3 kali teran, Nur Iman Rania selamat dilahirkan dan lelakiku di sebelah senyum lebarrr. Legaaaaaaaaaaaa!

Alhamdulillah, sakit beranak yg aku rasa kejap je. Maybe dah jenuh masa mengandung dulu sebab sampai 9 bulan masih teruk muntah2 aku. Tuhan kan maha Adil..susah mengandung, dia bagi senang bersalin pulak.
Apa apa pun aku bersyukur..

Nak tips senang bersalin? Hehehe! Tunggu..will update soon!!!

Sekian,



Beberapa minit selepas Nur Iman Rania dilahirkan.
Syukurr!!

Lotsoflove,mummy rania+wifey syafiq.

Wednesday 19 June 2013

Hello..ada orang ke takkkk?

Ya Allah hu akbar.
Betapa lamanya aku tak update belog ini.

Yela..last time peknen itu ari..pastu dah terberanak langsung la tak hapdet apa apa.
Eish..busy bebeno ke pon?

Hihihi..maafkan saya ye. Ok la ok la..pasni nak kena rajin update belog ni.
Berhabuk sudah haaaa..

Oh ye. Cerita terhenti semasa peknen kan..yeszaaaaa..
Mana mana yang mengenali aku, sudah tentula tahu yg Nur Iman Rania bt Mohd Anwar Syafiq telah selamat dilahirkan pada 2 Disember 2012 (awal 9 hari drpd tarikh due..tak sabar nak melihat dunia la tu anak mummy!!) dengan berat 3.61kg pada jam 8.10am di Pusat Perubatan UKM secara NORMAL. Mak repeatttt hokei..NORMAL. Phuhhhh *Lap peluh.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T sebab dikurniakan bayi yang sempurna & sihat + comel cam mummy dia**fitammmm.

Ni dia Nur Iman Rania kami. 

Eh eh..yg ni mustilah wajah wajah kesayangan ambo. Hehe
Time ni rania baru lepas pantang. Time umur dia 2 bulan lebih.
Bapak dia puler time ni berumur....errrr..perlu ke? *hekss
Ok sekian saja. Jumpa next time.

Nanti ai akan cerita pengalaman bersalin secara Normal pula ye.

La ni Nur Iman Rania dah 6 bulan lebih dah. Beliau merupakan baby yang aktif dan menggembirakan hati mummy n abah beliau. *sangat cantik n Bahasa Melayu sgt tulisan daku.

Byebye :)