Everything happens for a reason =)


eira rose

Saturday 30 June 2012

Baby i love you!

Alhamdulillah. Kandungan ku dh berusia lebih kurang 16 minggu. Berkat bunting pelamin tuuu. ;)
Seronok sangat walaupun keluar masuk wad sbb kekurangan ayor dalam badan.
Mane tak nye asik muntah jer..memang kene kuat semangat wooo.
Bile perut dah besa sikit ni aku pun dah makin okay. Dah boleh makan.
Syukur sangat. Nasib ade hubby yg sangat memahami. Plus, dia sangat rajinnnn membantu.
Untunggggg tak? Boleh manja manja n ngada ngada. Haha

Tak sabauuu plak nak tahu jantina baby nie..

Semalam try scan...pssssttttt! Eksaited kan?
Kekonon nak tau la jantina apa..
Sekali bby ibu ni tak dok diam plak dalam perut..aktif gilaaa dia!
Mcm mana technologist tu nak zoom intai2 awak sayanggg..huhu!

Takpela, takde rezeki lagi nak tenguk awak bby boy ke gegurl.
Yang penting awak sihat eh sayang.

Bila tenguk bby gerak gerak dalam perut kan kan, timbul satu perasaan yg mengharukan..
Happy+sebak semua ada..
Macam tak percaya..aku akan jadi seorang IBU. 
Anakku, Ibu & ayah tak sabauuu nak tunggu awak keluar nanti!
Love u baby shayanggggg!

~~Dari hati seorang bakal bergelar ibu. :)

Friday 29 June 2012

It is easier said than DONE.

Hai semua. :)

Pagi pagi ni rasa mcm nak tulis something. Ekceli nak copy n paste je dari sinarharian.com hehe.. 
Tips isteri isteri menangani cinta 3 dimensi..Opsss..ngeri dengar kan kan?
So aku setuju sangat dengan si penulis ni..bertenang dlm apa situasi. Lelaki ni tak boleh dilawan dengan perasaan..tetapi boleh ditentang dengan fikiran. Pikir pikir kan ye.. :) Lets cekidottt...!

Tip isteri tangani cinta tiga dimensi
MUHAMAD MAT YAKIM
Cerita suami curang memang jadi perhatian. Bukan wanita sahaja, lelaki pun sama. Daripada lelaki, banyak respons mengatakan tulisan saya Jumaat lepas membahayakan mereka.

Ada yang tidak berani bawa balik Sinar Harian ke rumah manakala yang biasa muat naik Kelab 40 ke Facebook, minggu lalu mereka tidak buat begitu kerana tidak mahu dibaca isteri masing-masing.

Ada juga yang kecewa kerana menyangka saya akan dedahkan tip lebih berkesan melindungi kegiatan 'kokurikulum' selepas kahwin. Daripada ini, saya simpulkan bahawa mempunyai kekasih bagi suami orang bukan hal yang luar biasa sekarang. Ini mungkin juga petanda kemakmuran ekonomi negara.

Namun daripada pengalaman yang dititip kawan-kawan, saya dapati ia bukan melibatkan golongan berwang sahaja. Yang tidak berwang pun mahu juga. Malah sekarang dikatakan makin ramai gadis yang berani menyambut gayung lelaki berusia. Seorang gadis mengaku kepada saya, bukan wang jadi tarikan tetapi lelaki 40an kononnya ada 'pemanis' tersendiri untuk buat mereka jatuh hati.

Yang saya tahu, ramai ada bukan 'pemanis' tetapi kencing manis(hehe yg ni aku setuju). Ironinya, dia tidak pula jatuh hati kepada saya lalu saya percaya, pemanis itu ada pada lelaki 40an lain, bukan saya! Seorang rakan sebaya memberikan analogi menarik mengenai hal ini. Katanya, berusia 40an mengembalikan seeorang lelaki kepada dua dekad terdahulu malah tarikannya mungkin lebih kuat berbanding dulu.

Katanya, jika pada usia 20an, kita perlu tebar jala untuk tangkap ikan tetapi pada usia 40an, sedang tarik jala menyeberang sungai sahaja pun sudah banyak ikan sangkut. Apa pun, jangan pula lelaki dianggap terlalu obsesi kepada cinta dan wanita walhal masih banyak perkara lain yang diutamakan.

Namun hakikat keadaan ialah semakin seseorang itu menolak, tarikan untuknya akan jadi lebih kuat. Dan ujian itu sememangnya sangat kuat pada usia 40an! Ya, kenyataan ini tentu  menggusarkan hati para isteri. Anda pasti tertanya-tanya sama ada suami anda seperti yang dimaksudkan. Memang sukar untuk memastikan seseorang suami bersih daripada unsur curang.

Apa yang penting, jangan terburu-buru mencurigai suami. Jika bersikap begitu, ia lebih mempercepatkan proses anda diduakan. Ini kerana, lebih 90 peratus suami akan berfikir "elok elok aku tak buat hal, dok cemburu tak tentu pasal... Aku pasang satu lagi baru tahu" andai berhadapan dengan isteri yang cemburu buta.

Sama ada dengan petanda atau tidak, saya yakin naluri setiap isteri akan dapat merasakan sesuatu jika suaminya benar benar curang. Cuma pastikan, kecenderungan naluri anda itu tidak dibuat-buat. Ia sebaliknya datang sendiri ketika anda dalam keadaan tenang. Jangan pula mendesak hati untuk berfikir negatif terhadap suami.

Cubalah lawan. Jangan sekali-kali serang suami mengkhinzir buta sebaliknya bertindak bijak mengawal perasaan. Lontarkan soalan yang tidak berunsur tuduhan atau curiga, cukup seadanya bertanya namun pada masa yang sama, nilailah setiap patah jawapan yang diberikan.

Jika anda masih curiga, kembalilah kepada ALLAH dengan solat istikharah. Istikharah tidak semata-mata memberikan anda jawapan tetapi petunjuk untuk anda menerima takdir dengan reda. Dalam kata lain, jika benar anda terperangkap dalam cinta tiga dimensi, bertenanglah.

Hadap suami dengan sopan, ajaklah dia berbincang. Ingatkan dia pada tanggungjawab yang akan bertambah, dunia dan akhirat. Jangan sekali-kali menunjukkan anda membantah kerana sifat lelaki seperti layang layang.

Dicabar angin kencang, semakin tinggi ia melayang (okei yang ni memang penting). Sebaliknya jika anda minta dia buat pertimbangan dalam keadaan santun dan tenang, itu lebih berkesan. Orang hangat bercinta memang lupa dunia tetapi jika diingatkan akan tanggungjawab berganda yang menanti, itu paling berkesan untuk menyedarkannya, apa lagi oleh isteri sendiri.

Seorang kawan yang menanti hari untuk naik pelamin kali kedua dengan restu isterinya, tiba-tiba berubah fikiran selepas dia diminta oleh orang lain untuk menimbang akan perasaan isterinya yang luaran memang tidak bantah namun dalam hati, pastinya dia menangis juga. Tiada siapa yang tidak menitiskan air mata untuk melepaskan pasangannya ke dalam pelukan orang lain!

Namun andai setelah diingatkan semua itu, hati suami masih tidak lut dan anda sendiri pula yakin dia mampu, redalah sahaja. Doakan kebahagiaan cinta tiga dimensi itu. Doa pada ALLAH dikuatkan iman masing masing.

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Mudah mudahan payung emas menanti!


Hehe..so renung2kan n selamat beramal. ;)

eira