Everything happens for a reason =)


eira rose

Monday 24 June 2013

Tips senang bersalin oleh Mummy Rania.

Seperti yang dijanjikan, kali ni ai nak sharing tips kasik senang bersalin. Mudah - mudahan ye..
Sebenarnya banyak tips jugak..tapi yang ini adalah yang aku buat & alhamdulillah sangat menjadi.

Okay okat..straitttt to da point!

1. Minum air kelapa
Haaa..masa peknen tu aku kan mabuk. So memang tak la nak minum susu ke ape ke..tapi air kelapa ni memang favvy la..balik keje, konpem ajak laki singgah beli air kelapa. Laki pun jenis suka melayan. SO, nak taknak, pusing jugak la mencari air kelapa. Org tetua kata la, nanti nak bersalin senang, air kelapa ni mcm pelincir la...so..takde la kembar darah..hehehe

2. Minum air selusuh
Erm..yang ni pun sempat gak minum, tapi bebetul masa dah bukak 4cm. Masa kat emergency O&G PPUKM tu, laki ai bagi air selusuh yang abah buatkan. Air selusuh = Air putih yang telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran untuk senang bersalin. Hehe..in sha Allah..cuba la mintak. Rasanya kat kampung kampung lagi senang nak cari orang yang pandai buatkan air selusuh..

3. Banyakkan berjalan & naik tangga
Okay yang ini memang tak payah cakapla..hari hari aku berjalan jauh kot. Daripada parking nak ke opis, pastu dalam opis pulak, duduk bangun, duduk bangun..(nampak tak aku nak cakap aku pekerja yg rajin?)
Pastu kalau jumpa tangga, haaaa..naik je tangga tu..tambah kalau pergi umah mak mertua, kena pulak lif rosak..pehhh..tingkat 14 tu lah ku daki dengan gigih sekali. Fuhhh! *lap peluh

4.Menyanyi not tinggi.
Hahaha. Ok kalau rasa suara mcm tak sedap, boleh nyanyi dalam kereta, pasang lagu kuat-kuat. Ini adalah elok untuk teknik pernafasan semasa bersalin nanti. Hihihi betul okay! Ce cuba..ce cuba..

5.Bersama dengan suami sekerap yang boleh
Ehem..okay budak budak tak kawen jangan baca! 18SX ni. Hihihi
Kalau boleh, bersama la dengan suamimu selalu. Jangan jadikan perut besar sebagai alasan taknak ehemm. Selain dapat pahala melayan suami, dapat gak bersenam supaya senang bersalin nanti kennn. EH..perut besar tu seksi tauuu..hihi masa mengandung jela seksi, kalau perut besar tapi takdak isi dalam, tu bukan seksi..itu seksaaaa makk tengok dikk..*jeling dalam-dalam kepada diri sendiri!

6.Mintak maap dengan laki
Serius! Tiap tiap malam mintak maap dengan suami sebelum tidur. Mana la tau kennn..ada tergenyit mata ngan laki lain ke, ada terbalas mesej laki lain ker..ada teringat kat ex boipren ke..kan kan? Dosa tu dosa..Part mintak maaf ni aku tak pernah miss. Tambah nak dekat bersalin. Rasa macam kewajipan. Kalau terlupa, sanggup kejut laki, pastu mintak maaf walaupun rasanya macam takda dosa je pada dia haritu.
Kadang-kadang sampai nangis..*feeling sesuatu sangattt tauu..
Laki ai pun sampai dah hafal..tak mintak maaf pun dia akan cakap,
"Ok malam ni kamu tak payah mintak maaf dengan kita, sebab kita dah maafkan kamu. Jom tidur manjesss uchuk ommei!"
**jangan muntah k. Haipp! 
Rasionalnya mintak maap ini ialah supaya suami kita redha dengan kita, bila takda dosa ngan suami, tuhan pun mudahkan la perjalanan tu. Manusia kennn..kita tak lari dari membuat kesilapan.Tak salah turunkan egoistik kita tu & minta maaf..

Selain tu, mohonlah pada Allah..supaya dipermudahkan perjalanan semasa proses bersalin tu nanti. Masing masing ada bahagian memasing kennn..Usaha tangga kejayaan! In sha Allah..Chaiyokkk!!

So..tu jela tips.

Take care! Baibaibai

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete