Cewahh..aktif berblogging kan ai skarang? Hehe!
Ok ok..back to our topic.
Bersalin secara NORMAL.
Semua perempuan yang bakal melahirkan anak, bagi aku akan merasa kesakitan yg sama ni.
Cuma, yang membezakan ialah, BERAPA lama kita rasa sakit @ contraction tersebut, bagaimana kita nak hadapi kesakitan yang amat sakit itu..otherwise, kita pilih atau terpaksa pilih CZER tu dah lain la kan.
Kena bius, pejam mata tau tau dah keluar je baby..lagi senang!
Kalau nak cerita pengalaman, memang sangat menakjubkan la. Alhamdulillah. Tuhan permudahkan perjalanan melahirkan Nur Iman Rania.
Kronologi kelahiran :
1 Disember 2012, Kg Sg Jai Beranang (rumah nenek belah lelakiku) :
4.30 pm.
Tangan n kaki aku bengkak. Mcm gemok gila. Especially kat jari tangan. Nenek kata ni tanda tanda nak dekat bersalin la ni. Untuk pengetahuan korang, kaki aku tak bengkak tau even dah 9 bulan pun..tapi hari ni..bengkak dia lain macam pulak secara TIBA TIBA.
10.00 pm
Ayahdin (bapa saudara belah lelakiku yg comel*muntah) belikan roti canai. Memula aku eksyen taknak makan. Nenek & ibu suruh makan, mana tau kot kot terberanak malam ni, ada gak tenaga nak push. Mereka bergurauuuu tuu..hihi aku pun makan la. 2 keping hokei..sangat lahap..hehe
2 Disember 2012
2.00 pagi
Memang kebiasaan kalau dah time nak dekat2 due..7 bulan ke atas memang susah la nak tidur. Sapa yg pernah peknen mesti tau..so, aku pun main henpon..main game..tapi still, mata ku tidak dapat lelap. Lelakiku di sebelah sudah selamat hanyuuuuuuuutttt.
4.30 pagi
Baru je aku nak lelap..tetiba bunyi PLUP!! Prrrrrrr..basah tilam dengan air ketuban. Time tu kompius lagi..eh betul ke air ketuban? Eh betul ke aku nak bersalin dah ni? Betul ke? Betul ke? Kenapa tak rasa sakit langsung..??
Terus kejut lelakiku..dan apa lagi..melompat la dia..cemasss!
5.00pagi
Terus lelakiku bawa ke hospital. Time tu memang tak sakit. Cuma air ketuban je yg membasahi diri dan juga VAN acu Man ku. Siap dalam Van boleh gelak2 lagi..
5.45 pagi
Sampai kat Emergency O&G PPUKM. Uishhh dah start sakit..doktor cek..tengok2 dah 4cm. Fuhhh..terus tolak ke labour room.
6.30 pagi.
Contraction dah kerap..tapi doktor tak cek pun bukaan. Dia jangka tengahari baru ai bersalin memandangkan anak sulung kan. Sakitnye ya amat..nasib la lelakiku ada di sisi menemani. Siap boleh buat lawak plak org tengah sakit sakit.
7.30 pagi
Aku dah tak tahan sakitt..rasa nak terberak sangat. (Rasa sakit tu mcm nak terberak taik keras n besar, tapi tak boleh nak keluarkan lagi sebab belum time) Tapi doktor kata NANTI dulu. Takut koyak besar, n kalau tak tahan, dia nak bagi epidural. Aku setuju..sebab memang tak tahan gila oi...
7.45 pagi
Epidural diberikan kepada diriku yang sedang menahan sakit nie..lega la sikit. Pastu doktor cek bukaan. (Baru nak cek? Ceh) Doktor tu kata...Waaaaaaaa..terkejutnya ai..dah full. Dah 10cm..dah boleh teran.
Oi..patutla aku sakit sangat..tula, tadi ko taknak cek..seeee..susa2 je aku amik epidural.
8.10 pagi
Dengan 3 kali teran, Nur Iman Rania selamat dilahirkan dan lelakiku di sebelah senyum lebarrr. Legaaaaaaaaaaaa!
Alhamdulillah, sakit beranak yg aku rasa kejap je. Maybe dah jenuh masa mengandung dulu sebab sampai 9 bulan masih teruk muntah2 aku. Tuhan kan maha Adil..susah mengandung, dia bagi senang bersalin pulak.
Apa apa pun aku bersyukur..
Nak tips senang bersalin? Hehehe! Tunggu..will update soon!!!
Sekian,
Beberapa minit selepas Nur Iman Rania dilahirkan.
Syukurr!!
No comments:
Post a Comment