Everything happens for a reason =)


eira rose

Thursday, 8 December 2011

Bye bye Jabatan Perubatan PPUKM :)

Eh eh..jangan salah faham.
Bukan nak bye bye selamanya..kejap je.
Ahakssss..

Ekceli aku kena pegi kursus kat PD, 9-11 Disember 2011.
Jom follow jommm..

Memandangkan bos aku sayang aku. So, bukan senang dia nak lepas pegi kursus @ cuti suka-suka hati aku. Beliau sangat komit dengan kerja.
Jadual aku keje pon dah kalah org keje swasta..
Mana tak nya..minggu ni je hari-hari balik pukul 7pm. Kau lalu ke cik bedah?

Thats why ramai PA yang penah keje kat sini tak tahan then ciao dari jabatan aku.
Beliau juga adalah seorang pelupa..yg kena remind banyak kali..
Tak kisah la bab meeting ke..surat ke..apa2 la..kena ingatkan banyak kali.
Tapi takpe..dia baik tau tau tau?

Kalau aku cuti, dia paling kelam kabut..

Everything dia akan make sure dia tahu nak buat.
Kalau tak, siap la call @ mesej aku..sampai nak cuti pon tak senang.
Smpai tonang pon pelik..malam-malam pun nak mesej aku..aiiyyaaa..

Haaa..penting tak aku di sisi beliau?



Letak kat pintu bilik aku supaya semua orang notice aku takde :)

Haaa..begini..hihi so jangan kacau gua ye..

Ni letak kat PC boss aku supaya dia tak LUPA.
Selain daripada mesej dia pagi2 besok!
Brape kali mao bagitau la kan? Hurmm..

Tak ingat lagi tatau la kan?

Hehehehe! So kalau ade boss yang terlalu grip korang, buat la cenggini.
Ok byebye boss!

Noktah

Monday, 5 December 2011

DUGAAN org bertunang

Orang orang tua selalu cakap tak elok tunang lama lama. Thats why aku takmo tunang lama lama.
Abah n mak pon tak suka aku tunang lama lama. Macam-macam boleh jadi.
Tapi apa-apa pun aku rasa time ni lah nak mengenal hati budi pasangan/tunang kita kan?
Kuat ke tak hati masing-masing tempuh dugaan.
Tambah mcm aku dan tonang. Kitorang kenal masa bertunang ni lah.
Sebab sebelum ni tak de nak becinta-cinta bagai bertahun-tahun mcm org lain.
Dia lamar aku, dan aku terima. :)

Sepanjang tempoh bertunang nie..(genap 6 bulan bertunang),nak kata takde dugaan tu tipu lah.
Time bertunang ni la ex ex segala ex datang balik.
Time ni la bertimpa-timpa orang dtg menggodaaa..
Macam-macam.

Tapi alhamdulillah. Setiap apa yg datang, hati aku dan dia cukup kuat.
Yg penting, percaya..jujur.saling mengingati.

Gaduh? Gado manje ade la...hee ngan dia mmg tak penah gaduh besar.

TERUS TERANG. Yuppp..itu paling penting.
Ade sakit hati ke ape ke..cakap in person dgn dia.
Semua masalah boleh hadap n setel sesama :)

I promise u sayang..i'll be there for u whenever u need me..

suka pic nie..candid time :)

Noktah

Friday, 2 December 2011

Kajang banjir..pehhh dasyatnya!

Hati hati orang kajang..atau yg gunakan laluan ke kajang..
Banjir teruk gila..
Berdoalah takde apa apa yang jadi kay..

Risau pulak.
Terus message encik tonang suruh hati-hati.

Aippp..risau!

noktah

Thursday, 1 December 2011

Rombongan CikMaria ke Kedah


Last week..mak aihhh..basi dah cite nie. Hihi. Okei sambung. Last week (sabtu) pi anta kak ayu kawin bertandang umah pengantin lelaki kat Sik, Kedah. Gambar kat atas tu diambil kat tasik pedu. Cun gila kan pemandangan kat balakang tu? Serius cantik sangat2.

Lepas anta pengantin, tidur satu malam kat chalet Hill View Resort Beris ape tah namanya. Tapi dekat ngan ladang anggur kat situ. Esoknya..(ahad) balik KL.

Ontheway balik tu, singgah pi kuala sepetang, dok makan mee udang. Hihihi..suddaappp..
Banyak aku makan. Okei UNLIKE!

Then sempat singgah IPOH. OMG. Lama gila oi tak jejak ipoh. Pi makan nasi vanggey. Helo tercapai jugak kemengidaman aku nak makan. Pehh..layan! Ni semua gara-gara mama yang beria-ria ajak singgah ipoh.
Aku pun tak pahammmmm..

Asyik makan dan makan. Oi bila nak slimmmm balik nie?

aku : Nak dietttt..kamu ni spoil la asyik suruh kite makan je..(best tak? best tak alasan tu?)
encik tonang : Hihihihi takpe..skrang pon dah okei. Kite suke je..

Oi..aku benci jawapan tu. Sebab..ianya akan membuatkan aku takmo diet. Oiiiiii..gilo.