Hai semua. :)
Pagi pagi ni rasa mcm nak tulis something. Ekceli nak copy n paste je dari sinarharian.com hehe..
Tips isteri isteri menangani cinta 3 dimensi..Opsss..ngeri dengar kan kan?
So aku setuju sangat dengan si penulis ni..bertenang dlm apa situasi. Lelaki ni tak boleh dilawan dengan perasaan..tetapi boleh ditentang dengan fikiran. Pikir pikir kan ye.. :) Lets cekidottt...!
Tip isteri tangani cinta tiga dimensi
MUHAMAD MAT YAKIM
Cerita suami curang memang jadi perhatian. Bukan wanita sahaja, lelaki
pun sama. Daripada lelaki, banyak respons mengatakan tulisan saya Jumaat
lepas membahayakan mereka.
Ada yang tidak berani bawa balik Sinar Harian ke rumah manakala yang
biasa muat naik Kelab 40 ke Facebook, minggu lalu mereka tidak buat
begitu kerana tidak mahu dibaca isteri masing-masing.
Ada juga yang kecewa kerana menyangka saya akan dedahkan tip lebih
berkesan melindungi kegiatan 'kokurikulum' selepas kahwin. Daripada ini,
saya simpulkan bahawa mempunyai kekasih bagi suami orang bukan hal yang
luar biasa sekarang. Ini mungkin juga petanda kemakmuran ekonomi
negara.
Namun daripada pengalaman yang dititip kawan-kawan, saya dapati ia
bukan melibatkan golongan berwang sahaja.
Yang tidak berwang pun mahu
juga. Malah sekarang dikatakan makin ramai gadis yang berani menyambut
gayung lelaki berusia. Seorang gadis mengaku kepada saya, bukan wang
jadi tarikan tetapi lelaki 40an kononnya ada 'pemanis' tersendiri untuk
buat mereka jatuh hati.
Yang saya tahu, ramai ada
bukan 'pemanis' tetapi kencing manis(hehe yg ni aku setuju).
Ironinya, dia tidak pula jatuh hati kepada saya lalu saya percaya,
pemanis itu ada pada lelaki 40an lain, bukan saya! Seorang rakan sebaya
memberikan analogi menarik mengenai hal ini. Katanya, berusia 40an
mengembalikan seeorang lelaki kepada dua dekad terdahulu malah
tarikannya mungkin lebih kuat berbanding dulu.
Katanya, jika pada usia 20an, kita perlu tebar jala untuk tangkap ikan
tetapi pada usia 40an, sedang tarik jala menyeberang sungai sahaja pun
sudah banyak ikan sangkut. Apa pun, jangan pula lelaki dianggap terlalu
obsesi kepada cinta dan wanita walhal masih banyak perkara lain yang
diutamakan.
Namun hakikat keadaan ialah semakin seseorang itu menolak, tarikan
untuknya akan jadi lebih kuat. Dan ujian itu sememangnya sangat kuat
pada usia 40an! Ya, kenyataan ini tentu menggusarkan hati para isteri.
Anda pasti tertanya-tanya sama ada suami anda seperti yang dimaksudkan.
Memang sukar untuk memastikan seseorang suami bersih daripada unsur
curang.
Apa yang penting, jangan terburu-buru mencurigai suami. Jika bersikap
begitu, ia lebih mempercepatkan proses anda diduakan. Ini kerana, lebih
90 peratus suami akan berfikir "elok elok aku tak buat hal, dok cemburu
tak tentu pasal... Aku pasang satu lagi baru tahu" andai berhadapan
dengan isteri yang cemburu buta.
Sama ada dengan petanda atau tidak, saya yakin naluri setiap isteri
akan dapat merasakan sesuatu jika suaminya benar benar curang. Cuma
pastikan, kecenderungan naluri anda itu tidak dibuat-buat. Ia sebaliknya
datang sendiri ketika anda dalam keadaan tenang. Jangan pula mendesak
hati untuk berfikir negatif terhadap suami.
Cubalah lawan.
Jangan sekali-kali serang suami mengkhinzir buta
sebaliknya bertindak bijak mengawal perasaan. Lontarkan soalan yang
tidak berunsur tuduhan atau curiga, cukup seadanya bertanya namun pada
masa yang sama, nilailah setiap patah jawapan yang diberikan.
Jika anda masih curiga, kembalilah kepada ALLAH dengan solat
istikharah. Istikharah tidak semata-mata memberikan anda jawapan tetapi
petunjuk untuk anda menerima takdir dengan reda. Dalam kata lain, jika
benar anda terperangkap dalam cinta tiga dimensi, bertenanglah.
Hadap suami dengan sopan, ajaklah dia berbincang. Ingatkan dia pada
tanggungjawab yang akan bertambah, dunia dan akhirat. Jangan sekali-kali
menunjukkan anda membantah kerana sifat lelaki seperti layang layang.
Dicabar angin kencang, semakin tinggi ia melayang (okei yang ni memang penting). Sebaliknya jika anda
minta dia buat pertimbangan dalam keadaan santun dan tenang, itu lebih
berkesan. Orang hangat bercinta memang lupa dunia tetapi jika diingatkan
akan tanggungjawab berganda yang menanti, itu paling berkesan untuk
menyedarkannya, apa lagi oleh isteri sendiri.
Seorang kawan yang menanti hari untuk naik pelamin kali kedua dengan
restu isterinya, tiba-tiba berubah fikiran selepas dia diminta oleh
orang lain untuk menimbang akan perasaan isterinya yang luaran memang
t
idak bantah namun dalam hati, pastinya dia menangis juga. Tiada siapa
yang tidak menitiskan air mata untuk melepaskan pasangannya ke dalam
pelukan orang lain!
Namun andai setelah diingatkan semua itu, hati suami masih tidak lut
dan anda sendiri pula yakin dia mampu, redalah sahaja. Doakan
kebahagiaan cinta tiga dimensi itu. Doa pada ALLAH dikuatkan iman masing
masing.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Mudah mudahan payung emas menanti!
Hehe..so renung2kan n selamat beramal. ;)
eira