Everything happens for a reason =)


eira rose

Friday, 20 January 2012

Mari sihatkan badan jom!!

Aktiviti sihatkan badan kali ini ye tuan tuan dan puan puan ialah bermain badminton.
So aku dah lambat nak turun court.
See u next week...
hihihi semangattttt...!!!

oklabai

noktah

Sunday, 15 January 2012

Kenapa Sam Collection?

Start daripada lepas aku bertonang aku dah survey banyak tempat untuk amik pakej pengantin.
Tapi dalam banyak-banyak tempat kat area umah aku nie..ade satu tempat yang telah menarik hati aku.
Masuk sekali je terus book okei.
Kepada bakal-bakal pengantin yg area umah dekat2 teluk intan ke bagan datoh kampar tapah bidor ke boleh la amik pakej kat dia.

Guess what? Yang amik pakej dari dia pun ade jugak dtg daripada KL. Jauh2 tu datang. :)
Sebab? Sangat up to date n berbaloi2 okei.. tak tipu.
Pendek kata, harga dia setimpal la dengan servis layanan yang dia bagi.
Baju pun chantek.
Pelamin..pehhhh..mcm mahligai impian kauuu nyahh..kelass!

Apa-apa pun pakej pengantin yang korang nak amik ni kena la padan dgn kemampuan.
Jgn berhutang semata mata nak glam masa kawen kan.
Not good..not good.

Cantik kannn? **berangan jap..lalalala ;p
Kalau nak tenguk contoh-contoh baju n majlis yang sam collection penah handle sila klik sini .
Memang puas hati. :)

Terpengaruh tak korang agak2..? Heeee..

Okeilah..ni aku promote secara FOC ni untuk sam collection sebab memang aku suka servis diorang.
Next time dorang kena bayar kat aku. FUhhhh!
Huahuahua.

Noktah

Saturday, 14 January 2012

Hey saturday :)

Hari ni kena kerja..hell je rasa. :(

Nasib boleh claim OT..huh. Banyak benda harus diselesaikan kt ofis nie..
Tahun ni kalau perasan, banyak gila cuti kan?
Lepas cuti nie..cuti tu plak..lepas cuti tu..cuti ini plak..dan sememangnya aku pun akan bercuti lama.
Cuti kawen kaedahnyerrr..huhau..

Lagi sebulan lebih je kalau ikut2kan.
Tu pun aku dah sampai termimpi mimpi..yela..
Banyak benda nak kena pikir kan?

Kena book itu ini.
Kena makesure payment semua dah siap untuk banyak perkara.
Kan best kalau semuanya free? Weeehuu!

Checklist ~

~Ujian HIV - done
~Kebenaran berkahwin luar negeri lelaki - Done
~Kebenaran berkahwin pempuan - in progress..will do in CNY..(so complicated n takes time sbb lain negeri kan..
~Pakej pengantin - booked ( Sam Collection Teluk Intan )
~Dabus - booked
~Kompang - booked
~Tarian 1 Malaysia - booked
~Khemah pengantin - booked
~Set karaoke - booked
~Doorgift bag - done
~VIP doorgift - done by my mom
~Kad jemputan - in progress
~Makanan - my abah,mak n mak ti punyo plan. sebab org kampung..so masak berkampung. Bukan catering :)
~Bilik pengantin - cadar done. langsir in progress.
~Mercun untuk malam berinai - tonang
~Cameraman - hehehe..my bro - hes the best photographer..bayar duit coci gambar je. :)
~Hantaran lelaki - in progresssss..nak buat simple, tp menarik :)
~Rumah after kahwin - Done! Tinggal bawak baju pastu boleh tido lena2 pas kawen. Complete! Alhamdulillah.

Dan skrg dah mula pikir ape kena buat after kawen.
Huhu..penin kan nak kawin? Nak kawen sgt kan? Haaaa...amik..! Hihi.

Noktah

Friday, 13 January 2012

Aisyah yg comel..:)

Alhamdulillah..kawanku roslina a.k.a elyn telah selamat melahirkan baby girl baru-baru nie.
Tahniah buat elyn dan hubby.
Elyn ni kawan masa belajar kat poli dulu.
Sangat lemah lembut dan ofkos baik orangnya.

Kalau nak ikotkan, dia pempuan yang pertama kawin dulu dalam kelas aku.
N now dia dah ada baby pun. Suke...suke...!! :)

Aisyah namanya. What a nice name kan? Ngeee..
Tahniah lagi sekali puan elyn dan hubby nyer. :)

**Banyak perancangan aku n tonang after kahwin nanti. Mungkin agak busy menguruskan itu dan ini. InsyaAllah..semuanya dalam perancangan. Skarang takleh crita lagi..hehehe baru permulaan.
Semuanya untuk masa depan. Think of the future bebehhh..!

sayanggggg kamu,kamu dan kamu! yerrrr.....kamu lahhh! :)

Noktah

Tuesday, 3 January 2012

Sebab kamu yang terbaik buat aku

Kalo belum kawen orang sibuk tanya bila nak kawen?
Bila dah kawen, sibuk tanya bila nak ada anak?
Bila ada anak, sibuk plak tanya bila nak tambah lagi anak?

Kadang-kadang isu anak ni boleh buat gado @ orang kecik hati.
Tapi bagi aku itu semua rezeki masing-masing.
Cepat atau lambat je kan?

aku : lepas kawen nanti nak kena ada anak terus ke?
tonang : ikut kamu la sedia ke tak..
aku : tunggu setahun dua dulu laaaa..cam tak sedia je. muda lagi boleh enjoy dulu..(pancinggg)
tonang : kite tak kesah..tapi kite rasa kamu dah ade ciri-ciri keibuan tu..dah boleh dah tu..

Cop! Maknanya apa tu?
Lepas tu kannnn..dia start berangan. Nanti anak nak panggil apa la..
Nak nama apa la..haishhhh..Hes soo excited! Hello..Belum kahwin lagi okei..!
Ce sabo..ce saboo..

Makin menjadi jadi dia punye berangan.

**Dah rasa diri makin dewasa..makin besar tanggungjawab.

Moga aku menjadi anak yang solehah dan isteri yang mithali kelak.
AMIN ya Rabbal Alamin.

Dan sesungguhnya aku amat mencintai kamu, Mohd Anwar Syafiq bin Shahruddin.

Noktah

Monday, 2 January 2012

Welcome 2012.. :)

Hihi kejap je kan dah 2012..
Pejam celik pejam celik dah bulan januari.
Pehhh..makin berdebar-debar plak rase.

Banyak persediaan yang dah dibuat.
Alhamdulillah..semuanya diselesaikan mengikut perancangan.

Skarang ni tinggal persediaan mental dan fizikal je la.
Then sikit2 hal mcm nak buat riben untuk goodies.

Utk goodies bag, aku guna brown paper bag je insyaAllah.
Tenguk kwn2 blogger yg lain buat, rase mcm cun plak.
Jimat pon jimatt.. :)

brown paper bag


Hihi comel tak? Jimattt kan kan kan? Banyak contoh lagi..sooo rajin2 la google ye kalau nk buat sndiri. :)
Yang atas ni contoh je..tema aku purple + hijau. So, riben tu kaler purple la..hihi depends tema memasing okei & ikut kreativiti memasing.

** Disebabkan goodies bag ni 1000pcs, terpaksa upah adik tolong buat lekat2 tq tag kat bag nie. Hihi

Ok ciao. Selamat tahun baru semua :)

Noktah