Everything happens for a reason =)


eira rose

Thursday 8 December 2011

Bye bye Jabatan Perubatan PPUKM :)

Eh eh..jangan salah faham.
Bukan nak bye bye selamanya..kejap je.
Ahakssss..

Ekceli aku kena pegi kursus kat PD, 9-11 Disember 2011.
Jom follow jommm..

Memandangkan bos aku sayang aku. So, bukan senang dia nak lepas pegi kursus @ cuti suka-suka hati aku. Beliau sangat komit dengan kerja.
Jadual aku keje pon dah kalah org keje swasta..
Mana tak nya..minggu ni je hari-hari balik pukul 7pm. Kau lalu ke cik bedah?

Thats why ramai PA yang penah keje kat sini tak tahan then ciao dari jabatan aku.
Beliau juga adalah seorang pelupa..yg kena remind banyak kali..
Tak kisah la bab meeting ke..surat ke..apa2 la..kena ingatkan banyak kali.
Tapi takpe..dia baik tau tau tau?

Kalau aku cuti, dia paling kelam kabut..

Everything dia akan make sure dia tahu nak buat.
Kalau tak, siap la call @ mesej aku..sampai nak cuti pon tak senang.
Smpai tonang pon pelik..malam-malam pun nak mesej aku..aiiyyaaa..

Haaa..penting tak aku di sisi beliau?



Letak kat pintu bilik aku supaya semua orang notice aku takde :)

Haaa..begini..hihi so jangan kacau gua ye..

Ni letak kat PC boss aku supaya dia tak LUPA.
Selain daripada mesej dia pagi2 besok!
Brape kali mao bagitau la kan? Hurmm..

Tak ingat lagi tatau la kan?

Hehehehe! So kalau ade boss yang terlalu grip korang, buat la cenggini.
Ok byebye boss!

Noktah

Monday 5 December 2011

DUGAAN org bertunang

Orang orang tua selalu cakap tak elok tunang lama lama. Thats why aku takmo tunang lama lama.
Abah n mak pon tak suka aku tunang lama lama. Macam-macam boleh jadi.
Tapi apa-apa pun aku rasa time ni lah nak mengenal hati budi pasangan/tunang kita kan?
Kuat ke tak hati masing-masing tempuh dugaan.
Tambah mcm aku dan tonang. Kitorang kenal masa bertunang ni lah.
Sebab sebelum ni tak de nak becinta-cinta bagai bertahun-tahun mcm org lain.
Dia lamar aku, dan aku terima. :)

Sepanjang tempoh bertunang nie..(genap 6 bulan bertunang),nak kata takde dugaan tu tipu lah.
Time bertunang ni la ex ex segala ex datang balik.
Time ni la bertimpa-timpa orang dtg menggodaaa..
Macam-macam.

Tapi alhamdulillah. Setiap apa yg datang, hati aku dan dia cukup kuat.
Yg penting, percaya..jujur.saling mengingati.

Gaduh? Gado manje ade la...hee ngan dia mmg tak penah gaduh besar.

TERUS TERANG. Yuppp..itu paling penting.
Ade sakit hati ke ape ke..cakap in person dgn dia.
Semua masalah boleh hadap n setel sesama :)

I promise u sayang..i'll be there for u whenever u need me..

suka pic nie..candid time :)

Noktah

Friday 2 December 2011

Kajang banjir..pehhh dasyatnya!

Hati hati orang kajang..atau yg gunakan laluan ke kajang..
Banjir teruk gila..
Berdoalah takde apa apa yang jadi kay..

Risau pulak.
Terus message encik tonang suruh hati-hati.

Aippp..risau!

noktah

Thursday 1 December 2011

Rombongan CikMaria ke Kedah


Last week..mak aihhh..basi dah cite nie. Hihi. Okei sambung. Last week (sabtu) pi anta kak ayu kawin bertandang umah pengantin lelaki kat Sik, Kedah. Gambar kat atas tu diambil kat tasik pedu. Cun gila kan pemandangan kat balakang tu? Serius cantik sangat2.

Lepas anta pengantin, tidur satu malam kat chalet Hill View Resort Beris ape tah namanya. Tapi dekat ngan ladang anggur kat situ. Esoknya..(ahad) balik KL.

Ontheway balik tu, singgah pi kuala sepetang, dok makan mee udang. Hihihi..suddaappp..
Banyak aku makan. Okei UNLIKE!

Then sempat singgah IPOH. OMG. Lama gila oi tak jejak ipoh. Pi makan nasi vanggey. Helo tercapai jugak kemengidaman aku nak makan. Pehh..layan! Ni semua gara-gara mama yang beria-ria ajak singgah ipoh.
Aku pun tak pahammmmm..

Asyik makan dan makan. Oi bila nak slimmmm balik nie?

aku : Nak dietttt..kamu ni spoil la asyik suruh kite makan je..(best tak? best tak alasan tu?)
encik tonang : Hihihihi takpe..skrang pon dah okei. Kite suke je..

Oi..aku benci jawapan tu. Sebab..ianya akan membuatkan aku takmo diet. Oiiiiii..gilo.


Monday 21 November 2011

Cant waittt...!!


Serius tak sabar nak tenguk cerita nie. Huhuhu..dengar lagu pun dah best.
Touchingggg woooooo~~~~hayati lirik dia iteww..

Layaaaaaaaaaaaaaaaannn! :)

eira

Monday 14 November 2011

Kembali senyum :)

Akibat diserang sakit yang bertimpa-timpa,blog pon sampei bersawang dibuatnye tak hapdet hapdet.
Huhu.
Takpe, kembali sehat.
SO kerja mcm biase. Takde cerita ape yg best.

Selamat pengantin baru kepada Kak Ayu n Abg Shah. :)
Semoga kekal ke akhir hayat..aman bahgia. Amin.

eira

Friday 28 October 2011

Bau ketiak lelaki penawar stress?

Tak taula betul ke tak?
Ni copy paste dari fb je :)


Tapi mungkin betul.
Sebab aku ade satu habit yg dah tak boleh nak stop.


Suka cium ketiak tunang aku. Amik bau la senang cite.
Laki kan ade bau yg tersendiri.
Suddddapp tuu. Hehe!


Tambah -tambah bila aku merajuk.
Dia dah tau dah ubatnya.


Bagi ciom ketiak satu kali terus elok mrajuk.
Haha! Mcm keji je kan bunyi dia?


Tapi thats the fact.
Bau ketiak laki laki boleh hilangkan stress!
U can trust me. Ahaha!


Love,
eira

GILA MEROYAN

KESIAN.

Hidup lu ni dah takda keje lain ke selain menyusahkan hidup tunang gua?
Dulu boleh la lu gunakan dia. Kikis duit dia.
Sekarang gua ade hak kot. Lu pegi main jauh jauh la.
Ptuuuiiih.. :P

**MALAS nak layan loser. Bapak loser kalau aku layan pempuan meroyan tu.

Pergi jauh jauh la dripada hidup kitorg yang oredi hepi nie.
Tak perlu tunjukkan kewujudan lu kat gua.
Gua tak berminat. Sori eh. :)

eira

Monday 24 October 2011

Tolong ingatkan aKu :P

Dulu aku penah hapdet kan pasal berat aku yang 62kg tu kan kan?
Bapaklaaaa gemok mok mok kan?
Tapi dengan bantuan dan sokongan daripada kawan - kawan dan juga keluarga, (sebab tunang aku tak sokong aku on diet) aku dengan suksesnya dapat turunkan 8 kilo dalam mase 2 bulan. Alhamdulillah :)

Bermakna berat aku 54kg. Betul?

Tattapi, daripada raya ritu aku x jaga langsung cara pemakanan aku. Ntah. Main bedal je. Sangat biadap terhadap diri sendiri, so berat dah jadi 55.6kg. Bermakna berat aku naik almost 2 kilo. Viadap kuasa dua!

So, dengan rasa iri hatinya (kepada org yang kurus), saya dengan rasminya menyatakan bahawa mula hari nie, saya on diet saye balik! Fuhh!

Jgn ajak saya gi makan tempat sesedap.
Jgn ajak saya makan NASI.
Jgn hidangkan makanan lazat2 untuk saye.
Jgn sebut pasal WONG SOLO..thats my favvy bcuz the ayam the penyet verylah the best!
TOLONG ingatkan supaya saya meminum ayor masak bebanyak n take my breakfast.

TQ doling doling ku. Muah2. ;p

**Ni semua gara-gara dok belek2 majalah yang ade gambo2 pengantin yang slim melimmm kat umah ibu semalam. Ahhh..pitam!

oklabai.

eira

Sunday 23 October 2011

Selamat Hari Jadi ABAH.


Hari ni hari jadi abah.
Hes the best ABAH i've ever had in this world.
i do love him so much.

Abah, thanks for everything u have done for all of us.

HAPPY BIRTHDAY to you
May GOD BLESS YOU IN WHATEVER U DO, ABAH.

with LOVE from your daughter,

KAKAK :))

Friday 21 October 2011

Jumaat yang happening :)

Aktiviti tiap Jumaat :P

Pusat latihan menyanyi katenye kann..1 jam bilik kecik rm17.
Ade 4 orang je so,bilik kecik dahler.. :)

 Okay..pose dulu smntara mereka mereka memilih killer song memasing..cehhh!

 Kelassss kan? Lagu matahariku oleh Kak Aida..menangis tuupp tuppp kalau agnes dengar~
Mantapppppp vokal beliau :)


Ape la yg sedang di feel kan oleh Kak Intan tu..
Patutlaaa..tiada lagi tuuuu..haruslah mantapp kan? Hehe

Tak tipuuuu..suara kak yati mcm ct nur alija celoppp!
Power tuuu~ terpegun kauuuu!

Oi..semua nak tunjuk kemantapan nampakk?
Tunggguuuu..


Bolehhhh? Hehehe! Sumbangkan suara jap! Hehehe Okay semua boleh tutup telinga :P
Bukan apa..takut terpegunnn. Kann? **fitammms tauuu!
  
Tetibaaa encik tonang call. Adoi..tpaksa angkat. Kang dia cemburu pulak kan.
Not good not good.

tunang : kamu kat mana tu?
aku : kat permaisuri..tadi makan ayam penyet. *jawapan nak ngelattt
tunang : sekarang?
aku : karoke jap. teman diorang. *logik tak logik tak?
tunang : cehh..cam biase, tolong nyanyi lagu yg kite suke kamu nyanyi tu. kite nak dengar.
aku : *%&**$

Aku pun tidaklah mengerti mengapa beliau suka paksa paksa aku nyanyi lagu nie. Fenattt!


**tak suka kena paksa.
Bueks! :P

Thursday 20 October 2011

Kau tak suka apakah ku kesahkan?


Ni komen dari kakak exgf tunang aku.

konon2 beliau mangsa keadaan.**geli okei :P

Dorang nie memang takde keje kan?
Dulu kemain kau sanjung2..pastu nak kutuk2 pulak.
Konon tau semua. Shitttt lah.
Nak bagi aku was2 dgn tunang gua memei tak dapatlah jep!
Kalo tak, takdela aku terima dia dalam hidup aku.

Lebai malang la ape la.
HUhu..gila apa meroyan duk call2 lagi tunang gua.
Anta gi klinik lah. Sakit lah mcm nak mam*us. Tu paling aku kelakar..
Adoi mana pegi jantan2 ko yg lain..?
Huhu..susah2 tunang aku jugak ko cari. :P

Veri hell lah~
Serius lawak2..
Siap bagi mesej mencarut carut kat tunang aku paksa paksa suruh hantar gi klinik.
Aku baca pon naik rimas..sian syafiq.
Veri ketidak matangan~
Tapi mesej2 iteww jadi bahan ketawa kami bersama. Hell nye kan? **

Ni lah dia dugaan bertunang.
Dugaan yg sangat kecil bagi aku.
Aku sangat yakin tunang aku takkan la gilaaa nak balik dengan dia balik kan.
Kau gila kah bedah? Tidakk kan?

Dugaan paling besar bila aku kehilangan abg kandungku sehari selepas aku bertunang.
Semoga kau tenang di sana. Amin. Al-fatihah buat arwah~

mama : kalau perempuan tu kacau lagi, bagitau mama. Tau la ma nak ajar dia.
aku : malas nak amik port/layan dak tu la ma. Gila.
mama : ma takut dia serang2 kau je. dia tu prangai lain macam sikit meroyannye.
aku : ini kak yong lah maaa..gila kah dia mau serang2..?hehe
mama : *$#*$#@*&#!!

Okei kadang2 memang aku poyo sikit. Tapi..apalah sangat yg kau kesahkan?
Hidup aku. Kau tak suka tak apaaaa.. :)

eira

Memang sifat lelaki macam tu :)

1. Lelaki ni mata keranjang. ( eh betol eh? )

Ish mana mana lelaki pon same jelah. Kalau ade perempuan seksi sikit jalan depan dia, gaya dia macam tak tenguk. Tapi sebenarnya dia dah khatam dah pun. Kannn? Tapi kalau gf sendiri pakai seksi tau plak marah..huhu contohnye mcm aku, tak pakai seksi pon org ckp seksi..mcm mna tu? **pitam okay!


2. Lelaki ni suka mengejar/memburu cinta yg susah nak dapat.

Laki ni kalau belum dapat, semuanya manisss mcm gula gula. Tapi bile dah dapat, semuanya kosong je. Janji janji pon tah kemana. Ye laaa..ape nak diherankan. Dah tentu dia punya. Kan? Hehe so kepada perempuan2..even kalau dah becinta/betunang/kawen/teruskan jual mahal anda iteww..sebab itu lah akan menjadi kegilaan beliau~ jgn telalu ikutkan sangat..agresif sikit okei :)

3. Lelaki suka perempuan bijak.

Laki biasanya sukakan perempuan yg letakkan otaknya di kepala, bukannya di tapak kaki. Sebab? Perempuan ni kan hebat..(sila bangga wahai perempuan) Di sebalik tiap2 kejayaan lelaki, mesti ada di belakangnya seorang wanita yg Heibatt (mcm saya) hell tak hell tak? Hii

4. Lelaki suka perempuan yg manja (alamak aku garang..cane?)


Manja bukan maksudnya tergedik gedik yer..huhu! Manja is manja. Ianya bukan dibuat buat.
Ianya sangat plastik kalau manja itu di create sendiri oleh anda. Cuba bercakap dengan nada yg lemah lembut dgn pasangan anda. Tak pun..cuba gunakan..olo..atau alaaaaa..sambil buat muncung itik anda yg mahei tu. Konpem dia cair mair..hehe

5. Lelaki ni pentingkan kawan kawan dari gf/tunang/bini.

Betul ke? Depends. Ekceli kawan-kawan tu penting. Tapi jgn lah sampai abaikan bini korang. Kan? Cuba gunakan pendekatan psikologi kat dorang nie. Kalo pengalaman aku, encik tonang aku ni mmg semangat setiakawan betul. Aku pun tak marah sebab kawan2 dia pun semua jenis yg tolong bila susah sume. Sangat bagus. Tapi..

aku : Kamu nak hidup ngn kita sampai bila?
tunang : sampai bila bila la. Sampai syurgaa.. (ceh ayat takley bla kan?)
aku : kalau kamu sakit nanti kamu nak sapa yang jaga kamu?
tunang : eh mestila kamu. kamu taknak jage kite ke bile dah tua?
aku : oouh..ingatkan kamu nak suruh kawan kamu yg tolong jagakan bila kamu dh kencing terabur nanti. (perli)
tunang : Hehehe kamu nie..

SOoo..ada masa kite perlu kan kawan2..dan ada masa pasangan adalah teman terbaik sebab mereka je yg sentiasa ada untuk kita.

6. Lelaki memang takkan faham kalau perempuan tak terus terang.

Perempuan ni suka berkias-kias kalau merajuk atau marah dengan harapan tunjuk perangai protes konon2 paling ganasss gitew kan? Tapi korang jgn haraplah laki ni faham selagi korang tak cakap. Diorang lambat pikapp ataupun dlm bahasa lainnya..lemba* kan? Kalau mara / majuk ke lain kali strait to da point je..mcm haku, kalo marah, aku terus lempang je..malas nak cakap banyak..aku lain sikit nie..(sila percaya sekarang!)

Cukupla kot? Penat ni nak type. :)

Apa yang penting, dalam sesuatu hubungan harus ade kepercayaan, kejujuran dan bla bla bla bapak ahhh aku dh mcm dr cinta dah pehal nie..? Dah2..shadap ira shaddappp..

So sama sama pikir n renungkan.

Oklabai.
Sucinye tak muka ku ininye adoi? versi johan rajalawak

eira

Wednesday 19 October 2011

Peminatku ibu mertuaku.

Teringat pulak masa memula nak kenal (bakal) mak mertua aku.
Hehehe..siap ajak gi karoke kauu. Ade mak mertua sporting cmtu? Hehe

Time tu kat REDBOX sogo. Tetiba ngam2 masa dia sampai aku pun menghembuskan suaraku yang tak brape nak macho nie.

Time tu lagu Mencintaimu-Kris Dayanti.

Pergh..feeling feeling siti nurhaliza plak rasa time nyanyi walaupun nebess. (perlu ke nebes?)

Mama : Ambui suara mantap. Nanti boleh masuk pertandingan karoke kat tmpat mama. Konpem menang!
Tonang : Hey..tenguk orangla..pandai pilih kot..**tetibaaaa kan?

Kau ade? Hahaha..gila lah. Tu miming boleh la ma ui..
Tapi aku biase je..

Dia cakap cmtu sebab nak jaga hati aku kot..eh sedap pe? Kan? (jaga hati sendiri)

Kang aku upload video karok satuuuu kang korang tuduh suara aku mcm siti nurhaliza lak. Cane?

Hahahaha **pitammm

eira

Romantik tak?

Mengada tak? Call esok takleh?
Brani cuba lah call tgh2 malam? Tido lagi bagus..huhu

Ahahaha!

eira

Jangan engko mimpi.

Hari ni semangat gila bangun awal nak gi keje.
Encik tonang pagi2 lagi dah membebel.
Siap lambat la, tunggu lame la dlm kereta. Haish. :P
Emosi je. Selalu pagi2 dah cubit2 pipi aku sbb comel sgt kan (sila jgn percaya yg ini)
Pelik betul..ah apakah ku kesah apa yg kau bebelkan?
Muka dia marah dengan muka dia senyum same je takde beza? Oh apakah positifnye haku ini?

tonang ; kamu tau tak nape kite emo je pagi2 nie?
aku ; (haaaa..kan?tak payah tanye dia jawab dh) erm nape? busuk lah perangai kamu nie. kite mintak clash baru tau!
tonang ; eii mulut kamu tu kann..! kite mimpi tau tak....?  (-_-) (buat muka comel)
aku ; ape kena mengena ngan kite?
tonang ; kite mimpi kamu taknak layan kite dah.
aku ; Laaaa...? &8%67**$#%*&^!!!

Sabo jela..Mimpi tu kan mainan tido? Eh dia kesah eh kalau aku tak layan dia?
Sayanggggg la tu kan kan kan?

Suweet tak? **pitam

eira

Tuesday 18 October 2011

MY prioriti

IF U TRUST THE PERSON, U WILL LOVE THE PERSON.


eira

Monday 17 October 2011

SUNWAY LAGOON

Dah puas makan kt Saujana Hotel KL?
16 Oktober 2011 ( sebelum check out).

8am - Bangun pagi, terus tenguk mesej.

'' Sayang..esok pagi siap awal eh. Pukul9 i tunggu u dekat lobby. Nite ''

OMG! Alredi 8am. Tak siap apa pon lagi nie? Cargasssss!!

9.30am - Buat muka senyum kambing terus terkam syg kat lobby.

''Sayang, nape cepat sangat nak balik nie? Potong laaa.."  berkata katalah aku dgn nada yg menjelikkan. wahaha

" Jom cepat..abg faiz dh on the way dah. Nak pergi sunway lagoon nie. "

Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaaa! Tq sayang!! :P

** Tu adalah janji dia dari sebelum puasa itu hari. Tunai gak haaa. Hehe!

Tips supaya bf2 korang menunaikan janji.

Contoh :
~ Situasi : Teringin pergi sunway lagoon.

Bila lalu je depan sunway lagoon, korang buat2 lah air liur meleleh sbb teringin sangat nak pegi sunway lagoon kat bf korang. Mesti dia kesian kan?

Serius menjadi tauuuuuu. Wahahaha..selamat mencuba!

Annual Dinner Medicine of Department 2011

Salam to all my readers..ewahss cam poyo lak kan?
Hihihi..sabtu lepas 15 Oktober 2011 dept aku buat annual dinner di Saujana Hotel KL.
Hurm..sangat adore dia punye bilik okay.

Encik tonang pon iye2 je cuti sabtu tu nak ikut aku punye fasal.
Terima kasih kerana menemani saya wahai tonang! :P

Tak byk sgt gambar since kak intan belom upload2 lagi gambar dlm camera beliau. :)

Gambar diambil selepas check outtt :)
Dapat lucky draw benda nie? Haishh..kena tunggu baby we all la nampaknyer..hehe

Glam kan kak yati? Comel betul si afif nie. Geget baru tau!

Okay..nanti ada masa kita uplod lagi yek? :P

eira

Friday 14 October 2011

Yang lebih hebat, BANYAK :)

Suka dengar lagu nie.
Comel sesangat. :)

eira

Thursday 13 October 2011

CRY



Love,
eira

Wednesday 12 October 2011

Kemaafan = Ketenangan

i've got a phone call from unknown number last nite.

aku : hello..sape nie..
unknown : hello...ni ***** nie..
aku : (terkezutttt zut zut) haaa..nape ye?
unknown : tgh buat ape? boleh ckp kejap?
aku : tenguk tv..boleh..cakap la.
unknown : kawin bile eh?
aku : bulan 3 thn depan insyaAllah. bile lak?
unknown : bulan depan.
aku : ooh cepatnye? tahniah.
unknown : nak mintak maaf ni yg lepas2.
aku : okay takde menda la benda dah lepas.
unknown : nak mintak maaf betul2 nie.
aku : apa mimpi call ni?
unknown : ye la slalu org nak kawin kn kena la mntak maaf.
aku : oo mcm tu plak. xde ape lah.

lebih kurang cmnila perbualannya.

(ekceli aku still tatau nak cakap ape. tekejut. tekedu semua ade)

Aku dah lama maafkan. Aku pn mintak maaf jugak.
Kite bukan nye perfect untuk menghukum siapa2 kan?
Kalau kita maafkan org, kita dapat ketenangan.
Benci2 pun bukannye hidup boleh jadi tenang. Betul?
Dah beso kot..pandei2 le pikir sendiri..

Syafiq pun selalu ckp, kalo maafkan org, kita akan jadi tenang.
Memang betul..( eh ade ye syafiq ckp cmnie? Cool nye kan kan? Kikikiki)

Ahaa..tapi aku x penah dendam pun. Aku ni cepat sejuk.
Hari ni mara, esok lusa aku ok je..lupa terus!
senangggg..!

**Tahniah kepada si dia n pasangan. Ekspress betul kauuu! Hee.
Cantik balak eh bakal isterinya..tahniah..tahniah..!  :))

Lagi sekali aku x sabo nak kawen~
Aiiiyaaaa..menghitung hari.


Eh eh..comelnye awak nie..! Kawin jom!!
nak muntah la tu? Bueksss..silakan!  :P
eira

Thursday 6 October 2011

Ce senyum ce senyum..!

Takde nak hapdet sangat.
Keje 3 minggu ni memang stress gila vavoon.

Tak tipu.

Janji aku nak buat baik2 ngan bos. Hujung tahun aku mintak tuko gi UKM Bangi.
Nak kawen oi~

Hahaha.
Oh ye.
4 Bulan lagi aku nak menikoh.

Yeeeehhhhhhaaa.

i love u mak abah semua lah kerana merestui cinta kami ini.


 jangan silauuuu! Hehe maafkan sy ayahdin.
Okay baju biru tu abah saya. Baju Pink tu emak sy.
Depan kanan sekali tu ayahdian-bapak saudara syafiq n mak saudara syafiq.
Tapiiiiiiiiiiiiii..siapa sangka. Dunia ni kecik je kan kan kan? Ayah din @ bapa saudara syafiq ni adalah bapa saudara aku juge. Hehe x faham? Camni, abah sy dengan ayah din nie adalah 2 pupu kot cmtu. Sedara sebelah abah. Kira kuat gak tu kan kan?

Jadinya kitorang ni kira memang sedara lah. Senang cite! Hehehe

Kecik je dunia nie. :)

Musykil dengan gambo tunang saya yang gelaps tu? Heee maafkan lah dia. Org koje kat site mmg mcm tu.
Huyeehhhhh. Janji gua sayang kann..hihi ade?

eira

Tuesday 4 October 2011

Congratulation Kak Yatt n hasebennn nye. :)

1.10.11. Termakbul lah impian kak yatt n hasebennye untuk mnjadi pasangan suami isteri.
Banyak halangan yg mereka dh tempuh sesame kan kan?
Sangat kuat mereka ini menempuh onak dan duri dalam percintaan then berjaya menikohhh.

So congratulation sebab dah suksessss gituu! Huhu~
Sorry sebab tak dapat attend majlis kat perak.

InshaAllah. Majlis kat Puchong tu ira attend okay? Xoxo!


Suweeeeeet kan kan?

Shes beautiful :)

Awesome!

Kak yatt n hasebennye danny :)
Tahniah sekali lagi sis..! :)
Semoga nanti dapat anak2 yang ramai soleh solehah plak pasni. Hihi

yang tak sabo nak menikohhh,
eira

Monday 3 October 2011

Unplanned : Genting Highland

Sejukkkkkkkkkknyerrrrr..

Boboyyyyy : Nak ikut tak abg gi gathering ngan staff2 company abg?
Gegurl : Kat mana?
Boboyyyyy : Genting. Esok. ( Ahad 2/10/11)
Gegurl : (alaaaa boring nye genting lagiii.. ) Nakk nakkk..! (konon2 eksaited)
Boboyyyyy : Okay esok kita jumpa. :)

Ekceli memang la eksaited sebab pegi dengan kekaseyh hati kannn. Dapat manjesss manjess gituuuu.
Tetapi bila sampai atas mcm boring lak asyik main benda yang sama je. Huhu! Well aku kan seorang yang agresifffff kan kan kan? So mcm nak yang lagi lagi extreme..voley ke mcm tu? Huhu.

Apa apa pun tahniah kepada classmate ku semasa di poli yang telah menikohhh minggu lepas. Pasni ko dah jadi suami orang. Besar woo tanggungjawab ko. :)

Selamat menjadi seorang suami yang baik Mohd Fazril.

Aiiyaaaaa..tak sabar nak menikohh.. :)

eira

Friday 23 September 2011

Tak SUKA..tak SuKA..!

Dah la add gua, pastu suruh gua approve lak~
Gua approved, dia stalk2 gua pastu nak kutuk2 gua.
Adoi kemonnnn la~

Mencik tauuuuu.

Mcm lu GOOD sangat je. Tak SUKA org HIPOKRIT.
Depan gua kemain je baiknye.

Nasib baik gua sabar.



Taraaaaaaaaaaa~

Kau bercakap seolah olah lu kenal sangat dengan gua todddd~

sian lu.
 

Friday 16 September 2011

Cinta

I LOVE YOU HANDSOME :)

Thursday 15 September 2011

Just follow the flow ;)

Hehe takde kena mengena ngan entri pon.

I MISS YOU encik tonang.


Tak sabar nak kahwin. **muntahhhh~

Semalam ibu bagi ceramah free kat aku. :)
Ibu cakap camnie ,

**ibu = panggilan utk ibu saudara syafiq.

'jgn asyik dengar je cakap syafiq tuuu..
Keras sikit..awak tu lembut sangat dgn dia.
Syafiq tu kdg2 kepala dia mcm budak2..
Manja lebihhh..'

'Nanti durhaka la bu..' aku menjawab..

'Takpe..belom sign lagi bolehhhh..' terima kasih ibu.

Hahaha. Yela, dorg mane penah tenguk aku naik antu kalau bgaduh. Nmpak mcm aku je kena buli ngn syafiq..suh amik air la..suh gorengkan mee la. Suruh amik itu laaa..ini laaa..
Lembuttt? X laaaaa..gelis okei lembut2..hehe gua ganass!

Tapi hakikatnye :
1. Syafiq yg banyak dengar ckp aku. Slalu sangat mengalah.
2. Kalau aku merajuk, dia akan pujuk sampai aku betul2 sejuk. Kalau boleh time tu jgk nak okei.
3. Bila aku marah, dia akan diam je. Bila aku dh habis ckp n membebel, baru dia sejukkan aku.
4. Dia akan cuba tunaikan ape yg aku nak walaupun benda tu merepek. Dia akan usaha.
5. Kalau dia merajuk, aku pujuk..kalau dia tetap merajuk, aku yg merajuk balik. Boleh? Hehehe

Pastu dua2 gelak mcm harammmmmmm.

Apa2 pun, hes the best. Gaduh2 manja biasela~ yg pasti mmg xleh gaduh lelama ngn dia. :D

Love him so much.
eira

Thursday 25 August 2011

Grow up babe..! ;)

Tak tahu nak explain mcm mana dekat dia.
Becoz of she is girlfren to my ex,then she remove me from her fb list.

Sedangkan dia tu pernah jadi kwn 1 kelas aku (PLKN).
So maknenye mmg saling mengenali secara separuh rapat.

Cum on la. Grow up babe!

U kawan i kot.

Yes. I've got problem with ur boyfie but it doesnt includes u. :)
Ko kawan la ngn ex aku ke..ko ex gf kpada bf aku ker..

Itu bukan masalah aku.

Yg aku tau, skali ko kenal aku, selamanya ko kawan aku.
Kalo tak kenal, lain cite la.

Jgn disebabkan one guy yg to me, hes NOTHING, ko nak musuh ngan aku.

Be matured. Be professional la girl.

Mula2 aku tak perasan masa memula dia remove aku, aku ingatkan kenapa.
Then aku gatal2 add dia balik sbb nak jemput bertunang.

Yela, kawan kannn haruslah jempuuut.. :P
Perghh..rupenye sbb berchenta syg dgn ex aku.

Laaaaa..? Aku tak kisah pun.
Perhaps aku dh bertunang pun skrang.

N frankly speaking, my fiance is much much better than him.

Please la. Skarang ni tak kuase aku nak add balik dia.

** Taknak kawan sebab aku exgf bf dia..? OMG~ what a shame.

lotsoflove,

eira

Tuesday 23 August 2011

Shopping :)












Let the pitchas tell the story :)


**Saya namakan saja, dia akan tunaikan.

Sangat berterima kasih kepada beliau.


i love him so much.


Monday 8 August 2011

Kegilaan di Pagi Hari :)



**pssst jgn mara! :)


ciaooo.!

Friday 5 August 2011

ADORE HER

Melihat perempuan cantik itu adalah my favvy..


( ini bukan entri seorang lesbo ok..i'm strait ;p )

Jom cuci mata :)



Hanis Zalikha nama beliau. Nak tau lebih lanjut siapa dia?


Sila google sendiri..! Hehe




Dah puas cuci mata? Hehe

Tetiba semangat ingin memvelaaa rambut fanjangs membuaks2.



Cantiknya la kan?




**Bersyukur di atas kurnianNya. :) Alhamdulillah.



Eksyen kan muka saye? Wekkks!





eira