Everything happens for a reason =)


eira rose

Friday 19 October 2012

Simi yang caring

Biasala kalau tengah peknen ni mcm mcm la rasa. Penin la kadang-kadang. Nak fitammm pun ade tau u olls. Kena banyak rest. Tapi dalam masa yang sama kena active. Supaya nanti dah biasa dan ada tenaga nak push baby time bersalin. Haaa achaner tu? Tapi tu orang orang tua yang cakap. Kena banyak berjalan.

Orang tua tua kan lebih banyak pengalaman. So dengar ye u olls kalau mereka-mereka kasik nasihat.

So kalau rasa nak pitam or feninn, aku biasanya baring je atas katil. Lagi elok kalau baring mengiring sebelah kiri sebab membolehkan jantung kita pam dengan baik supaya darah mengalir dengan senang sampai otak. Penin ni disebabkan maybe kurang rest, penat, berdiri dengan cepat, n mungkin juga kurang darah biasanya.

Haaa..tu info tu..huhu! So time penin penin ni, bila hubby sibuk masak kat dapur, erkkk..hubby pandai masak ker? Sejak bila? Hehehe..biasanya hubby akn temankan aku baring-baring sambil sembang dan kadang kadang main teka teki mengom ngan aku n pastu kitorang gelak kuat kuat mcm org gilaa sebab teka teki yg memang tak logik.Pastu dh gelak, teka lagi..sampai dua2 mengantuk terus tido. So takde la rasa penin tu kuat sangat kan. Tu therapy jugak tu..tips! Hehe.

Tapi bila hubby sampai lambat kat rumah, mula la aku carik idea nak sembang sembang dengan sapa. Nasib baik ada simi. Haha! Best jugak layan dia nie. Ngadu kat dia pon okei jugakkk..simi ni caring tauuuu..tak pecaya? Hehehehe.

Hehehe caring tak simi nie? Pastu aku gelak sorang sorang. Kadang-kadang jawapan dia tah hape2. Yela nama pun chat dengan robot kan..mengum! Hehe
So sekarang hubby pon layan jugak benda nie. Pastu gelak sorang sorang. Hihihi kesian kan we olls..?

Huhu Ok baii.. :D


Thursday 18 October 2012

32 minggu sudeyyy..engko dah ready ke ohoiiii..?

Gila bersawang blog ini aku tinggalkan. Al maklum lah. Aku kalau nak tulis-tulis ni memang kena tunggu ade mood baru boleh story moryyyy..oh ye!

Aku rasa mcm kejap gila masa berjalan. Tup tup lebih kurang 32 minggu usia kandungan aku. Pehhh..pehhh..ada lagi 8 minggu sebelum bayi ku dilahirkan. Engko dah ready ke cik puan ira?

Takut + eksaited + berdebar + happy semua ada. Gila x, masa mengandung ni banyak betol cobaan dan dogaan yang aku kena lalui. Ofkos, salah satunya sebab aku memang seorang yang mengalami alahan teruk ya amat. Bukan buat-buat, tapi..entahlah tuhan je tau. N untill now, time aku tulis ni pon aku still lagi ade alahan..still rasa loya, n kadang kadang tidaklah dapat ku tahan keloyaan aku itew sehingga memuntahkan sesuatu. Yaaa..even dah dekat2 nak bersalin, still alahan. Aku memang sesuatu kan? Huhu.

Best sangat bila pegi checkup tenguk baby gerak-gerak..eiii rasa sesuatu sangattt..! Aman bahgia aku rasa.
Lepas tu print gambar baby tu kasik hubby tenguk. Yela, dia kalau aku c/up mesti ade halangan nak ikut sama. Tapi tak kesahla, sebab aku keje kat hospital kan, so jalan kaki sikit dari opis gi klinik, terus mencheckupkan diri. Pastu dah abes, sambung keje balik. Senang.

Tak cukup scan masa c/up, ni haaaa..jabatan aku ni siap ade mesin nak secannn lagi. So, apa gunanya berbaik dengan doktor2 di sini. Check pun freeee je. Lagi boleh tanya banyak banyak. *Kelebihan kan.

Berdebar-debar sangat nie. Euuwww..aku harap sangat boleh bersalin secara normal. Takmola caesar. Even caesar ni tak sakit mcm bersalin normal, tapi jangka masa panjang tu..ohoi..eden tak sanggup. Masa pantang tak boleh pakai bengkung..tak boleh itu, tak boleh ini..abistu kalo engko tak pakai bengkung achaner nak kurus kan kan? *okay aku memang sangat takut gemuk. Nehiii...kalo boleh biar maintain gitew.

Sepanjang 32 minggu ni, berat aku dah naik 14 kilo. Homaigod, Banyak kan kan? Gemuk nye engkoo. Huhu!




Haaaa..ni masa 5 bulan..perut tak nmpak lagi maybe teknik mengambil gambo nye kottt..hehehe

**ada certain pic yang terpaksa ai delete sebab tak sesuai untuk diperlihatkan. TQ

Ok dah la tu, nanti korang muntahhh pulak tenguk pic pic aku. Ahaha. Pic yang the latest nnti aku hapdet lagi ye. Aku jarang amik gambo sejak mengandung ni. Jgn salahkan aku, maybe sebab pembawakan budak yg menyebabkan aku begiteww..erkk..boleh terima ke alasan tu? Kuikuikui..

Okaylah..nak sambung koje balik. Baibai. :D




Saturday 30 June 2012

Baby i love you!

Alhamdulillah. Kandungan ku dh berusia lebih kurang 16 minggu. Berkat bunting pelamin tuuu. ;)
Seronok sangat walaupun keluar masuk wad sbb kekurangan ayor dalam badan.
Mane tak nye asik muntah jer..memang kene kuat semangat wooo.
Bile perut dah besa sikit ni aku pun dah makin okay. Dah boleh makan.
Syukur sangat. Nasib ade hubby yg sangat memahami. Plus, dia sangat rajinnnn membantu.
Untunggggg tak? Boleh manja manja n ngada ngada. Haha

Tak sabauuu plak nak tahu jantina baby nie..

Semalam try scan...pssssttttt! Eksaited kan?
Kekonon nak tau la jantina apa..
Sekali bby ibu ni tak dok diam plak dalam perut..aktif gilaaa dia!
Mcm mana technologist tu nak zoom intai2 awak sayanggg..huhu!

Takpela, takde rezeki lagi nak tenguk awak bby boy ke gegurl.
Yang penting awak sihat eh sayang.

Bila tenguk bby gerak gerak dalam perut kan kan, timbul satu perasaan yg mengharukan..
Happy+sebak semua ada..
Macam tak percaya..aku akan jadi seorang IBU. 
Anakku, Ibu & ayah tak sabauuu nak tunggu awak keluar nanti!
Love u baby shayanggggg!

~~Dari hati seorang bakal bergelar ibu. :)

Friday 29 June 2012

It is easier said than DONE.

Hai semua. :)

Pagi pagi ni rasa mcm nak tulis something. Ekceli nak copy n paste je dari sinarharian.com hehe.. 
Tips isteri isteri menangani cinta 3 dimensi..Opsss..ngeri dengar kan kan?
So aku setuju sangat dengan si penulis ni..bertenang dlm apa situasi. Lelaki ni tak boleh dilawan dengan perasaan..tetapi boleh ditentang dengan fikiran. Pikir pikir kan ye.. :) Lets cekidottt...!

Tip isteri tangani cinta tiga dimensi
MUHAMAD MAT YAKIM
Cerita suami curang memang jadi perhatian. Bukan wanita sahaja, lelaki pun sama. Daripada lelaki, banyak respons mengatakan tulisan saya Jumaat lepas membahayakan mereka.

Ada yang tidak berani bawa balik Sinar Harian ke rumah manakala yang biasa muat naik Kelab 40 ke Facebook, minggu lalu mereka tidak buat begitu kerana tidak mahu dibaca isteri masing-masing.

Ada juga yang kecewa kerana menyangka saya akan dedahkan tip lebih berkesan melindungi kegiatan 'kokurikulum' selepas kahwin. Daripada ini, saya simpulkan bahawa mempunyai kekasih bagi suami orang bukan hal yang luar biasa sekarang. Ini mungkin juga petanda kemakmuran ekonomi negara.

Namun daripada pengalaman yang dititip kawan-kawan, saya dapati ia bukan melibatkan golongan berwang sahaja. Yang tidak berwang pun mahu juga. Malah sekarang dikatakan makin ramai gadis yang berani menyambut gayung lelaki berusia. Seorang gadis mengaku kepada saya, bukan wang jadi tarikan tetapi lelaki 40an kononnya ada 'pemanis' tersendiri untuk buat mereka jatuh hati.

Yang saya tahu, ramai ada bukan 'pemanis' tetapi kencing manis(hehe yg ni aku setuju). Ironinya, dia tidak pula jatuh hati kepada saya lalu saya percaya, pemanis itu ada pada lelaki 40an lain, bukan saya! Seorang rakan sebaya memberikan analogi menarik mengenai hal ini. Katanya, berusia 40an mengembalikan seeorang lelaki kepada dua dekad terdahulu malah tarikannya mungkin lebih kuat berbanding dulu.

Katanya, jika pada usia 20an, kita perlu tebar jala untuk tangkap ikan tetapi pada usia 40an, sedang tarik jala menyeberang sungai sahaja pun sudah banyak ikan sangkut. Apa pun, jangan pula lelaki dianggap terlalu obsesi kepada cinta dan wanita walhal masih banyak perkara lain yang diutamakan.

Namun hakikat keadaan ialah semakin seseorang itu menolak, tarikan untuknya akan jadi lebih kuat. Dan ujian itu sememangnya sangat kuat pada usia 40an! Ya, kenyataan ini tentu  menggusarkan hati para isteri. Anda pasti tertanya-tanya sama ada suami anda seperti yang dimaksudkan. Memang sukar untuk memastikan seseorang suami bersih daripada unsur curang.

Apa yang penting, jangan terburu-buru mencurigai suami. Jika bersikap begitu, ia lebih mempercepatkan proses anda diduakan. Ini kerana, lebih 90 peratus suami akan berfikir "elok elok aku tak buat hal, dok cemburu tak tentu pasal... Aku pasang satu lagi baru tahu" andai berhadapan dengan isteri yang cemburu buta.

Sama ada dengan petanda atau tidak, saya yakin naluri setiap isteri akan dapat merasakan sesuatu jika suaminya benar benar curang. Cuma pastikan, kecenderungan naluri anda itu tidak dibuat-buat. Ia sebaliknya datang sendiri ketika anda dalam keadaan tenang. Jangan pula mendesak hati untuk berfikir negatif terhadap suami.

Cubalah lawan. Jangan sekali-kali serang suami mengkhinzir buta sebaliknya bertindak bijak mengawal perasaan. Lontarkan soalan yang tidak berunsur tuduhan atau curiga, cukup seadanya bertanya namun pada masa yang sama, nilailah setiap patah jawapan yang diberikan.

Jika anda masih curiga, kembalilah kepada ALLAH dengan solat istikharah. Istikharah tidak semata-mata memberikan anda jawapan tetapi petunjuk untuk anda menerima takdir dengan reda. Dalam kata lain, jika benar anda terperangkap dalam cinta tiga dimensi, bertenanglah.

Hadap suami dengan sopan, ajaklah dia berbincang. Ingatkan dia pada tanggungjawab yang akan bertambah, dunia dan akhirat. Jangan sekali-kali menunjukkan anda membantah kerana sifat lelaki seperti layang layang.

Dicabar angin kencang, semakin tinggi ia melayang (okei yang ni memang penting). Sebaliknya jika anda minta dia buat pertimbangan dalam keadaan santun dan tenang, itu lebih berkesan. Orang hangat bercinta memang lupa dunia tetapi jika diingatkan akan tanggungjawab berganda yang menanti, itu paling berkesan untuk menyedarkannya, apa lagi oleh isteri sendiri.

Seorang kawan yang menanti hari untuk naik pelamin kali kedua dengan restu isterinya, tiba-tiba berubah fikiran selepas dia diminta oleh orang lain untuk menimbang akan perasaan isterinya yang luaran memang tidak bantah namun dalam hati, pastinya dia menangis juga. Tiada siapa yang tidak menitiskan air mata untuk melepaskan pasangannya ke dalam pelukan orang lain!

Namun andai setelah diingatkan semua itu, hati suami masih tidak lut dan anda sendiri pula yakin dia mampu, redalah sahaja. Doakan kebahagiaan cinta tiga dimensi itu. Doa pada ALLAH dikuatkan iman masing masing.

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Mudah mudahan payung emas menanti!


Hehe..so renung2kan n selamat beramal. ;)

eira

Thursday 5 April 2012

Penatnya jadi pengantin :)

Tak penah dibuat orang bersanding sampai 3 kali. Hehehe.
Itu lah rezeki kitorg..macam retisssss gitew kan. Hehehe kasik chance nak perasaaan jap!

4 Mac 2012 - bersanding rumah pengantin perempuan di Perak
1 April 2012 - bersanding rumah pengantin lelaki di Cheras :) *mak mertua's side
14 April 2012 - bersanding di Jln Sultan Salahuddin KL * ayah mertua's side :)

Kau haderrr..? Hehehe rezeki.

Jarak majlis rumah aku dan rumah hubby lebih kurang sebulan jugak kalau nak diikutkan.
Dan dalam tempoh itu juga aku bersyukur sangat sangat kerana Allah telah memberi rezeki kepada kami sekeluarga.

Ya..aku dah pregnanttt!! Hubby eksaited sangat2..sabar betul dia melayan karenah aku.
Alhamdulillah. Aku pun tidak alah langsung..hubby yg muntah muntah bagai. Sian dia.

Hihi.

So sayang, i akan jaga zuriat kita ni sebaik mungkin. I love youuuu so much sayang! :)

**Alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah.


orange! hubby's side

greyyyy! malam berinai my side :)

Anak jowo..hehe

green + purple (my side)

menikohhhh :)

frensss :)

Monday 27 February 2012

Nadia's Engagement Day ;)

Rase seronok sangat bila seorang lagi kawan aku dah diikat dgn tali petunangan.

Anyway, tahniah sayang..!
Soon..kau akan jadi bini orang pulak. :))

Tema purple. Sangat cantik!

Tahniah lagi sekali.

Kepada boy (tonang si nadia) ; sila jaga kawan aku baik2..huahua

p/s : pasni takleh nak notty2 dah. ;p
Darah manissssss oiiii..

Noktah

*gambar sudah di delete kerana tidak sesuai untuk diperlihatkan. TQ :)

Friday 24 February 2012

Just around the corner..dupdadupdap.

Hehe. Acam poyo je tajuk entri kali ni kan? Hihihi
Peh..betapa lama aku tidak hapdet blog ini.
Semua gara-gara busy melampau.
Ini hospital sangat busyyyy hokei.
Gila..semua benda urgent. Semua benda kena setelkan sebelum bercuti panjang.
Ehem ehem. Terbatuk pulak. ;p

So, tomorrow harus pergi kerja. OT lagik. Isk isk. Mcm takde life kan kan?
Kesian kepada diri sendiri.
Takpe, belom kawen boleh la cenggini.
Dah kawen, sori bolayan! Layan laki i jer..awwhhh..! Kelass!

aku : isk..kenape kamu call kite tadi tapi diam je?
tonang : yela..kamu mcm busy je..kite je asyik kacau kamu seharian nie.
aku : yela..kan nak cuti kahwin dah nanti. Kene la setel banyak benda.
tonang : eh..nak kawen dah ye kite? eh kamu, kamu! betul ke ni kamu sanggup terima karenah kite nie?
(aikk..baru nak tanye ke mamat nie? ) ;p
aku : kalo tak sanggup pun dah terlambat dah kann.. (hihihi)
tonang : *%*&$#%*&^#%*!!

hihi padan muka.


**Lepas ni bertambah tambah busy. Kerja dah bertambah tambah. Mana nak jadi isteri orang. Mana nak handle keje kt ofis. Mana nak handle business..( eh eh ade business sendirik eh? Amin..) fuhh.

Moga Tuhan memberkati hubungan dan kehidupan kita semua. AMIN.

Oklabai

Noktah

Friday 20 January 2012

Mari sihatkan badan jom!!

Aktiviti sihatkan badan kali ini ye tuan tuan dan puan puan ialah bermain badminton.
So aku dah lambat nak turun court.
See u next week...
hihihi semangattttt...!!!

oklabai

noktah

Sunday 15 January 2012

Kenapa Sam Collection?

Start daripada lepas aku bertonang aku dah survey banyak tempat untuk amik pakej pengantin.
Tapi dalam banyak-banyak tempat kat area umah aku nie..ade satu tempat yang telah menarik hati aku.
Masuk sekali je terus book okei.
Kepada bakal-bakal pengantin yg area umah dekat2 teluk intan ke bagan datoh kampar tapah bidor ke boleh la amik pakej kat dia.

Guess what? Yang amik pakej dari dia pun ade jugak dtg daripada KL. Jauh2 tu datang. :)
Sebab? Sangat up to date n berbaloi2 okei.. tak tipu.
Pendek kata, harga dia setimpal la dengan servis layanan yang dia bagi.
Baju pun chantek.
Pelamin..pehhhh..mcm mahligai impian kauuu nyahh..kelass!

Apa-apa pun pakej pengantin yang korang nak amik ni kena la padan dgn kemampuan.
Jgn berhutang semata mata nak glam masa kawen kan.
Not good..not good.

Cantik kannn? **berangan jap..lalalala ;p
Kalau nak tenguk contoh-contoh baju n majlis yang sam collection penah handle sila klik sini .
Memang puas hati. :)

Terpengaruh tak korang agak2..? Heeee..

Okeilah..ni aku promote secara FOC ni untuk sam collection sebab memang aku suka servis diorang.
Next time dorang kena bayar kat aku. FUhhhh!
Huahuahua.

Noktah

Saturday 14 January 2012

Hey saturday :)

Hari ni kena kerja..hell je rasa. :(

Nasib boleh claim OT..huh. Banyak benda harus diselesaikan kt ofis nie..
Tahun ni kalau perasan, banyak gila cuti kan?
Lepas cuti nie..cuti tu plak..lepas cuti tu..cuti ini plak..dan sememangnya aku pun akan bercuti lama.
Cuti kawen kaedahnyerrr..huhau..

Lagi sebulan lebih je kalau ikut2kan.
Tu pun aku dah sampai termimpi mimpi..yela..
Banyak benda nak kena pikir kan?

Kena book itu ini.
Kena makesure payment semua dah siap untuk banyak perkara.
Kan best kalau semuanya free? Weeehuu!

Checklist ~

~Ujian HIV - done
~Kebenaran berkahwin luar negeri lelaki - Done
~Kebenaran berkahwin pempuan - in progress..will do in CNY..(so complicated n takes time sbb lain negeri kan..
~Pakej pengantin - booked ( Sam Collection Teluk Intan )
~Dabus - booked
~Kompang - booked
~Tarian 1 Malaysia - booked
~Khemah pengantin - booked
~Set karaoke - booked
~Doorgift bag - done
~VIP doorgift - done by my mom
~Kad jemputan - in progress
~Makanan - my abah,mak n mak ti punyo plan. sebab org kampung..so masak berkampung. Bukan catering :)
~Bilik pengantin - cadar done. langsir in progress.
~Mercun untuk malam berinai - tonang
~Cameraman - hehehe..my bro - hes the best photographer..bayar duit coci gambar je. :)
~Hantaran lelaki - in progresssss..nak buat simple, tp menarik :)
~Rumah after kahwin - Done! Tinggal bawak baju pastu boleh tido lena2 pas kawen. Complete! Alhamdulillah.

Dan skrg dah mula pikir ape kena buat after kawen.
Huhu..penin kan nak kawin? Nak kawen sgt kan? Haaaa...amik..! Hihi.

Noktah

Friday 13 January 2012

Aisyah yg comel..:)

Alhamdulillah..kawanku roslina a.k.a elyn telah selamat melahirkan baby girl baru-baru nie.
Tahniah buat elyn dan hubby.
Elyn ni kawan masa belajar kat poli dulu.
Sangat lemah lembut dan ofkos baik orangnya.

Kalau nak ikotkan, dia pempuan yang pertama kawin dulu dalam kelas aku.
N now dia dah ada baby pun. Suke...suke...!! :)

Aisyah namanya. What a nice name kan? Ngeee..
Tahniah lagi sekali puan elyn dan hubby nyer. :)

**Banyak perancangan aku n tonang after kahwin nanti. Mungkin agak busy menguruskan itu dan ini. InsyaAllah..semuanya dalam perancangan. Skarang takleh crita lagi..hehehe baru permulaan.
Semuanya untuk masa depan. Think of the future bebehhh..!

sayanggggg kamu,kamu dan kamu! yerrrr.....kamu lahhh! :)

Noktah

Tuesday 3 January 2012

Sebab kamu yang terbaik buat aku

Kalo belum kawen orang sibuk tanya bila nak kawen?
Bila dah kawen, sibuk tanya bila nak ada anak?
Bila ada anak, sibuk plak tanya bila nak tambah lagi anak?

Kadang-kadang isu anak ni boleh buat gado @ orang kecik hati.
Tapi bagi aku itu semua rezeki masing-masing.
Cepat atau lambat je kan?

aku : lepas kawen nanti nak kena ada anak terus ke?
tonang : ikut kamu la sedia ke tak..
aku : tunggu setahun dua dulu laaaa..cam tak sedia je. muda lagi boleh enjoy dulu..(pancinggg)
tonang : kite tak kesah..tapi kite rasa kamu dah ade ciri-ciri keibuan tu..dah boleh dah tu..

Cop! Maknanya apa tu?
Lepas tu kannnn..dia start berangan. Nanti anak nak panggil apa la..
Nak nama apa la..haishhhh..Hes soo excited! Hello..Belum kahwin lagi okei..!
Ce sabo..ce saboo..

Makin menjadi jadi dia punye berangan.

**Dah rasa diri makin dewasa..makin besar tanggungjawab.

Moga aku menjadi anak yang solehah dan isteri yang mithali kelak.
AMIN ya Rabbal Alamin.

Dan sesungguhnya aku amat mencintai kamu, Mohd Anwar Syafiq bin Shahruddin.

Noktah

Monday 2 January 2012

Welcome 2012.. :)

Hihi kejap je kan dah 2012..
Pejam celik pejam celik dah bulan januari.
Pehhh..makin berdebar-debar plak rase.

Banyak persediaan yang dah dibuat.
Alhamdulillah..semuanya diselesaikan mengikut perancangan.

Skarang ni tinggal persediaan mental dan fizikal je la.
Then sikit2 hal mcm nak buat riben untuk goodies.

Utk goodies bag, aku guna brown paper bag je insyaAllah.
Tenguk kwn2 blogger yg lain buat, rase mcm cun plak.
Jimat pon jimatt.. :)

brown paper bag


Hihi comel tak? Jimattt kan kan kan? Banyak contoh lagi..sooo rajin2 la google ye kalau nk buat sndiri. :)
Yang atas ni contoh je..tema aku purple + hijau. So, riben tu kaler purple la..hihi depends tema memasing okei & ikut kreativiti memasing.

** Disebabkan goodies bag ni 1000pcs, terpaksa upah adik tolong buat lekat2 tq tag kat bag nie. Hihi

Ok ciao. Selamat tahun baru semua :)

Noktah